Review Lakorn 2018

10:50 PM

tahun 2018 ni ada beberapa lakorn yg tengok tapi ada yg aku malas nak tulis review dan ada yg peram dalam draft je. time mood nak menulis tengak ada ni aku nak compile je semua dan buat short review sahaja.

Ngao Asoke (2016)


drama  remake dari lakorn lama, kisah Monthai (Sean) yg bertunang dengan Viyada sebelum belajar ke luar negara. sepanjang tempoh dia di luar negara dia selalu berhubung dengan tunangnya melalui surat tapi dia tak tahu yg balas surat dia tu Bpeeyachat (Esther). Monthai tak tahu tunang dia tu perangai bukan baik sangat sampaikan mak Monthai yg sakit minta nak jumpa bakal menantu, Viyada boleh hantar Bpeeyachat dan mak Monthai tak ingat muka Viyada end up suka Bpeeyacahat. masalah timbul bila Monthai balik dari oversea dan dapat tahu Bpeeyachat berlakon jadi tunang dia.

REVIEW:
  • suka gandingan Sean dan Esther, aku suka couple ni dari Leh Ratree.
  • watak Monthai agak annoying asyik tuduh Bpeeyacahat nak ambil kesempatan, dia tak tahu yg tunang dia tu muka je cantik tapi perangai hodoh.
  • watak Bpeeyachat pula heroin yg terlalu baik sangat. kadang geram juga bila tak reti nak defence diri sendiri
  • jalan cerita yg klise sangat.

Paragit Likhit Ruk


mengisah Jarawee (Vill) top star yg mati dalam kemalangan dan rohnya tidak tenang selagi tidak mengetahui bagaimana dia boleh mati. Jarawee berjumpa dengan Teechat yg ada kebolehan boleh melihat hantu dan minta bantuan Teechat untuk siasat kematiannya.

REVIEW :
  • Jalan cerita best juga walaupun ada few part macam merapu sikit
  • poster nampak macam seram kan tapi tak seram langsung.
  • ending dia sedih, nak expect apa bila heroin dia dah sah-sah hantu.

Ngao Jai


Ngao Jai pula kisah Ruth (Toomtam) yg nak balas dendam pada Matinee (Vill) sebab dia ingatkan Matinee ada komplot mainkan adik kembar dia iaitu Watit sampai Watit jatuh sakit. jadinya Ruth menyamar sebagai Watit dan Matinee tak perasaan yg mereka dua orang yg berbeza.

REVIEW:
  • ni jenis revenge lakorn yg hero asyik salah paham dan confius dengan perasaan sendiri.
  • heroin pula memang baik hati tapi sayang hero tak nampak kebaikan dia.
  • watak jahat banyak manipulate keadaan
  • tipikal lakorn.

Petch Tud Petch


aku tengok lakorn ni dari bulan berapa tak tahu sampai sekarang tak habis lagi bukan apa bila stop aku lupa nak sambung tang mana. lakorn ni mengenai Chart yg mahu melepaskan diri dari diburu satu organisasi rahsia yg terlibat dalam kes pembunuhan tokoh terkenal.

REVIEW:
  • main reason tengok sebab hero dia Weir
  • drama action-romance.

Jao Sao Jum Yorm


mengisahkan Maysarin seorang usahawan dan artis terkenal yg terpaksa berkahwin dengan Khet untuk mengelakkan kontroversi bila gambar mesra dia dengan Khet tersebar.

REVIEW:
  • aku suka Mick berlakon watak begini sebab selalunya dia banyak berlakon dalam drama aksi dan mafia. kadang tu aku rasa macam tak sesuai bila gangster tapi muka jambu.
  • heroin annoying!
  • selain hero, semua watak dalam drama ni tersangatlah annoying macam nak bagi penampar sorang-sorang.
  • slap & kiss lakorn so lakorn yg tipikal
  • drama yg aku tengah tengok tapi rasa macam nak stop je sebab stressnya ya ampun.

Done.

You Might Also Like

3 comments

  1. hi.. content blog menarik.. lets blogwalking and click iklan.. done follow u.. follow me back.. http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks

    ReplyDelete
  2. Hadoi... Lakorn je tak berjaya lagi nak tengok.. kikiki..

    ReplyDelete
  3. Paragit Likhit Ruk tu macam best cerita dia!

    ReplyDelete

Top Commentators