Leh Lub Salub Rarng

2:19 PM


Title : Leh Lub Salub Rarng
Also known as : Secret Trick While Body Switch
Episodes : 10
Duration : 1 hour 45 minutes
Cast : Nadech Kugimiya, Urassaya Sperbund, Tor Thanapob, Ice Preechaya


Leh Lub Salub Rarng mengisahkan Kapten Ramin anggota polis yg bertugas di unit khas, dari segi memang sangat tip top tapi Ramin mata keranjang walaupun sudah bertunang. selepas satu misi, klip video Ramin yg menyelamatkan tebusan tersebar terdapat orang dalam industri berminat untuk mengambil dia berlakon sebabnya muka hensem kan. 

Petra Pawadee pula pelakon terkenal dan memang tak dinafikan Petra sangat bagus dalam lakonan sehingga memenangi award Pearl Of Asia tapi populariti yg diraihkan juga menyebabkan perangai dia semakin diva dan tidak boleh berkompromi bila ada pelakon lain yg buat silap.


Mereka bertemu bila Ramin setuju untuk jadi extra dalam lakorn Petra. scene ni best juga bila Ramin yg noob habis pasal industri ni kerja tanya kat pengarah kenapa drama ni macam tak real (ada ke lakorn yg realistic?), iyelah dah kena bom pun awat muka still maintain cantik tak kotor langsung. yg kerja Ramin nak complain tapi tak sedar diri juga yg dia pun berlakon kayu ada hati nak jadi pelakon tapi itulah yg penting muka hensem.

Petra pula bab lakonan memang mantap tapi perangai diva agak annoying, scene dia dengan Ramin tak banyak pun tapi dari pagi membawa ke malam baru nak siap shooting lepas banyak benda yg dia tak puas hati dengan Ramin, tangan kotorlah, mulut berbau la. aishh banyak pula kerenah.

Ramin terima tawaran berlakon ni sebab excited nak jumpa Petra Pawadee tapi lepas sehari mengadap perangai kerek Petra, dia menyesal habis terima kerja ni. lepas kes ni memang diorang tak sebulu langsung.


selepas lakorn tersebut mereka bekerjasama sekali lagi tapi kali ni Petra jadi model untuk peragakan tiara yg mahal manakala Ramin pula bertindak sebagai bodyguard untuk event tu. sebelum acara tersebut, Petra berjumpa dengan Mor (fortune teller) untuk baca nasib dia tapi Mor bagi warning kat dia dan Ramin untuk stay kat rumah sebab ada benda buruk yg jadi dan mereka akan mati. dah tentu mereka tak percaya benda ni semua.

pada akhir acara tersebut Petra telah diculik dan dalam misi menyelamatkan Petra, Ramin tidak dapat bertahan lalu mereka berdua terjatuh dari bangunan tinggi. Mereka dapat diselamatkan tapi selepas sedar Ramin dan Petra mendapati badan mereka telah bertukar.

selepas bertukar memang haru jadinya. cuba bayangkan Kapten Ramin yg sado macho tetiba jadi gegurl ayu gitu dan Petra yg cantik ayu jadi tetiba jadi kasar semacam pastu selekeh pula. bila tengok Yaya berlakon jadi tomboy memang rasa cool sangat dengan babak aksi dia tapi Nadech, tertiba dia jadi lembut jalan pun lemah gemalai. gosh! 


Nokyoong ni pula tunang kepada Kapten Ramin, dia memang baik sampai aku tak tahu nak kesian atau annoying dengan dia sebabnya selalu je kena abai dengan tunang sendiri. geram juga dengan perangai Ramin iyelah dah ada tunang baik macam Nokyong tapi still lagi sibuk melayan perempuan lain, yg aku annoying sebab Nokyoong percaya je cakap Ramin.

bila Ramin busy dengan benda lain, mesti Arkom yg temankan Nokyoong dan kadang terpaksa cover untuk Ramin sebab tak nak Nokyoong sedih. Arkom junior dan juga kawan baik Arkom, dia dah lama suka dengan Nokyoong tapi terpaksa pendam perasaan sebab tahu Nokyoong sayang kat Ramin.

Arkom ni orang pertama yg tahu Ramin dan Petra tertukar badan, mana tak pelik bila Kapten Ramin yg gagah tertiba dah lembut semacam tapi benda camni siapa nak percaya. Arkom bertambah pelik bila Petra yg muncul untuk selamatkan Ramin. nak tak nak terpaksa Ramin dan Petra cerita hal sebenar.


aku suka lakonan Yaya dan Nadech dalam drama ni, cara mereka lakonkan watak masing-masing sampai kadang aku pun percaya yg diorang ni betul-betul tertukar badan. bab chemistry tak ada benda nak cakap sebab Nadech dan Yaya dah banyak berlakon bersama plus mereka ni couple in real life. 

dari segi lakonan watak utama memang best dan babak aksi pun sangat mantap tapi sayang drama ni banyak babak tak penting macam scene gaduh perang mulut antara Ramin dan Petra. dalam lakorn bab gaduh ni memang wajib kadang sweet kadang kelakar tapi bila terlampau banyak benda macam ni plot drama terasa lambat nak berkembang dan rasa draggy. nak tunggu hero dan heroin bertukar pun sampai hujung episode 4, penat juga.

actually drama ni quite nice tapi last episode terasa sangat annoying dan spoil kan everything. plot twist seriusly aku tak paham kenapa kena repeat balik mereka bertukar macam dari awal padahal semuanya dah kembali seperti asal. satu benda lagi yg aku tak paham bila watak jahat yg dah mati kena tembak tetiba muncul balik tu dah kenapa, ini bukan cite kartun dah mati tu mati je la. seriusly last episode memang disaster dan terlalu rushing. walaupun drama ni happy ending tapi seriusly aku tak suka ending dia, rasa macam abnormal pula.

You Might Also Like

4 comments

  1. hmmm aida x tgk citer ni lagi.
    jrg tgk movie lately.

    ReplyDelete
  2. Tak mampu nak layan drama thai.. kikiki.. pernah tersuka satu drama tu tapi dia punya meleret dah macam tengok drama indonesia.. kikiki.. terus cancel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu saya tak reti nak recommend drama thai untuk orang yg tak pernah tengok drama thai, takut orang tak boleh layan..hihi

      Delete

Top Commentators