Khun Mae Suam Roy

2:11 PM


Title : Khun Mae Suam Roy/ You Are Me
Episodes : 31
Duration : 45 minutes
Cast : Bua Wansiri, Pop Karnthip, Judo Thanrinpirom

SIPNOSIS

Sina disguises herself as her disabled older twin sister, Siriya, and moves back in the Sutharak’s house with her  nephew, Kaosuay. She learned that her nephew is the benefactor of her brother-in-law’s wealth upon his death. Her brother-in-law's will states that in order for Kaosuay to inherit his wealth, his wife must marry his younger brother, Athirat. Sina, under the disguise of her older sister, decides to marry Athirat for the sake of her nephew's future. She has no idea what obstacle lies ahead.


Drama Khun Mae Suam Roy mengenai konflik yg berlaku dalam keluarga Sutharak bila pewaris utama, Pipop mati accident. yg mengejutkan bila wasiat dibaca separuh dari hartanya diserahkan kepada ibunya dan selebihnya diserahkan kepada Siriya iaitu perempuan simpanan Pipop dan anak lelaki dia bukan Nattaya, isteri Pipop yg sah. selain itu juga Pipop memberi amanah kepada adik tirinya, Athirat untuk berkahwin dengan Siriya.


Siriya yg tahu mengenai wasiat itu tidak bersetuju kerana dia tidak mahu terlibat dengan keluarga Sutharak tapi Sina (adik kembar Siriya) rasa ini masa yg sesuai untuk siasat siapa dalang yg menyebabkan kakak dia lumpuh. Sina buat rancangan untuk menyamar sebagai Siriya dan masuk ke dalam keluarga Sutharak.

walaupun kembar, perwatakan Sina dan Siriya sangat berbeza. kalau Siriya jenis yg lemah lembuh tapi Sina pula, jenis yg lasak dan kasar sikit.


kalau ikut wasiat la lepas Siriya dan Athirat berkahwin, mereka kena tinggal besama untuk setahun. masing-masing kahwin pun ada motif sendiri, Athirat nak siasat sama ada kemalangan Pipop dirancang dan Sina pula nak cari orang yg cederakan kakak dia.

pada mulanya hubungan Sina dan Athirat memang tak baik langsung, masing-masing pula tak percaya antara satu lain. Athirat syak Sina berlakon jadi lumpuh (memang pun) so banyak kali juga rahsia Sina hampir kantoi nasib baik la sempat coverline. bila asyik gaduh tu lama-lama hubungan Sina dan Athirat jadi semakin rapat.

kalau part loving antara Athirat dan Sina memang tak banyak sangat, lagi banyak gaduh ada la tapi sweet juga. just yg last episode memang full pasal kisah Athirat dan Sina je la.


at first, aku suka juga dengan Sina sebab dia tak lembik macam Siriya tapi kadang tu macam annoying bila dia rasa kakak dia jadi mangsa dan asyik provoke family Sutharak yg lain. ikutkan kalau kakak dia tak ambil laki orang takde semua benda tu jadi kat kakak dia.

bagi aku yg paling kesian dalam cite ni ialah khun Nattaya. sudahlah suami dia ada perempuan simpanan pastu bila mati semua harta dapat kat perempuan simpanan pula padahal dia isteri yg sah tak dapat apa pun. sedih.


satu je yg nak puji pasal drama ni, dari awal memang tak boleh teka siapa pejahat sebenarnya sebab masing-masing ada motif sendiri kalau nak tuduh, bila tengok setiap episod ada twist dalam watak yg kau rasa dia jahat tapi lepas tu tak sure dah bila dia tunjuk sisi baik watak tu, bila tahu siapa mastermind dia, aku rasa terpedaya juga dengan permainan director dalam drama ni. 

You Might Also Like

12 comments

  1. Dah lama tak tengok cerita Thai. Awak selalu tengok dekat website apa ya?

    ReplyDelete
  2. Wah, macam best jea movie nie..

    ReplyDelete
  3. Adoi.. macam dah terpedaya je dengan riview Tiara ini.. Kikikiki.. Nak tengok tapi witing list panjang lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan terpedaya kak sha nanti terjebak, tak dapat nak tolong..hihi

      Delete
  4. Siqah tak pernah rasanya tengok cerita Thai. Hihi. Pelakon perempuan tu cantiknyaaa <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu salah satu sebab suka layan drama thai, ada hero & heroin yg hensem dan cantik..hihi

      Delete
  5. macam best je drama ni tapi banyaknya 31 episod haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengok dengan laju, tak terasa banyak sangat episode dia..haha

      Delete

Top Commentators