Hello Monster

9:06 PM


Title : Hello Monster / I Remember You
Episodes : 16
Duration : 60 minutes
Cast : Seo Inguk, Jang Nara, Park Bogum, Lee Chunhee

SIPNOSIS:

Genius profiler Lee Hyun, returns home to Korea after something from a case he’s been sent triggers a memory he thought he’d lost forever. Unbeknownst to him, one of his team members, Detective Cha Ji-an, has been investigating him for some time. She is aware that his father was murdered and his brother disappeared under mysterious circumstances involving a criminal named Lee Joon Young - whom they both want found and incarcerated.Each seeks to unravel the other, unaware that they’ve been drawn into a dangerous game of cat and mouse by a master player and that both truth and evil are closer and far more twisted than they think.


Hello Monster bukan drama korea yg terbaru, ni drama tahun 2015. drama ni ada dalam list aku tapi lepas tu terlupa nak tengok tetiba baru nak tengok.


Lee Hyun adalah lecturer dalam criminal psychology dan bekerja di luar negara. Lee Hyun balik ke korea bila dia dapat clue untuk satu kes bunuh bersiri dan antara sebab lain nak cari adik dia, Min yg hilang waktu kecil. secara tak langsung dia juga membantu pihak polis untuk selesaikan beberapa kes.

bagi aku drama ni memang best, first episode sangat menarik bila Lee Hyun tetiba muncul di tempat jenayah siap bagi hypothesis dia pastu hilang. antara part yg aku bila Lee Hyun cite pasal background dia dari kecil sampai la kenapa dia balik semula ke korea.


flashback ke zaman kanak-kanak, Lee Hyun ni anak yg genius, bapa dia pula polis dan banyak interview banduan. aku rasa bapa dia terlalu obsess dengan penjenayah yg psiko sampai dia rasa anak dia monster. sebab takut, bapa dia decide untuk kurung Lee Hyun dari dunia luar.

bad thing happened bila banduan bernama Lee Joonyoung (D.O) larikan diri dari penjara dan bunuh bapa dia. paling tragis bila adik dia, Min pun hilang malam tu dan kes bapa dia pun tak selesai sebab pihak polis tak dapat tangkap Lee Joonyoung.


Cha Jian pula detektif dan dia tahu banyak benda mengenai Lee Hyun, dipendekkan cerita Jian ni stalker Lee Hyun dari kecil tapi Lee Hyun tak pernah perasan atau sedar kewujudan Jian. kalau scene diorang memang aku rasa comel sangat sebab Lee Hyun ni tak layan langsung Jian siap suruh berambus lagi dan Jian pula memang panas hati kena layan macam tu. 

ramai juga yg tak tahu yg Jian menyiasat pasal Lee Joonyoung, menarik juga untuk tahu apa connection antara Jian dengan Lee Joonyoung dan Lee Hyun.


sorry, ni maybe spoiler.

Park Bogum pula pegang watak sebagai peguam bernama Jung Sunho. tapi dari awal lagi aku dah boleh teka Min tu Park Bogum since dah tahu yg Bogum jadi psychopath killer dalam drama ni. bagi aku, bapa dorang terlalu fokus pada Hyun sampai tak perasaan anak dia yg tak normal ialah Min. 

aku rasa macam scary bila tengok drama ni bila kita tak sedar wujud monster di kalangan kita, someone yg nampak normal tapi sebenarnya sangat berbahaya macam Min dan Lee Joonyoung. jenayah yg Min lakukan sangat perfect, langsung takde bukti dan polis pun tak sedar penglibatan Min dalam kes jenayah yg mereka handle. walaupun tak tunjuk macam mana Min membunuh tapi kita tahu mamat ni pembunuh.


mastermind dari awal semua benda ni ialah Lee Joonyoung. ni pun seorang lagi sangat cerdik sampai pihak polis tak dapat tangkap dia, lepas bunuh bapa Lee Hyun guna identiti baru sampai Lee Hyun sendiri tak sedar yg Lee Joonyoung ada dekat dengan dia.


drama ni menarik, tak ada la terlalu thriller yg berat sangat sebab balance dengan romantik dan komedi. yg aku tak puas hati ending dia, boleh kata happy ending tapi aku tak berapa suka macam tak ada hukuman untuk penjenayah sebenar.

You Might Also Like

4 comments

  1. drama ni mmg best, enjoy layan cite ni..

    ReplyDelete
  2. Eh Park Bo Gum. dia comel 😍 Siqah tak tengok lagi drama ni. Lama dah rupanya dramanya ye. Drama sekarang pun tak sempat lagi tengok.

    ReplyDelete
  3. I like this drama as well tapi macam ada benda yang kurang. Maybe like you mentioned, there's no real punishment for the murderers.

    ReplyDelete
  4. Best drama nie.. Memang banyak je muka innocent tapi perangai dark gila.. Macam park bogum tu..

    ReplyDelete

Top Commentators