Novel | Pelangi Untuk Ara

10:46 PM


Novel : Pelangi Untuk Ara
Penulis : Azura Rasiddin
Muka Surat : 718
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : November 2017

SIPNOSIS

Kepulangan Eiyad dari kota London meragut keamanan Ara. Tiada lagi kebebasan untuknya. Dia kembali dikawal dan dikongkong oleh lelaki yang dia gelar sebagai mr. control freak. 

"Kau tak boleh control aku. Kau jangan ingat bila kau dah balik sini, kau boleh control aku macam dulu. Don't you dare... Kau tak ada hak." - Ara

"In case kau terlupa, aku ni abang kau." - Eiyad 

"In case kau terlupa juga, mama aku tak pernah lahirkan seorang abang untuk aku. Dan dia tak pernah lahirkan sesiapa selain aku." - Ara 

"Even we are not blood related, aku tetap abang kau." - Eiyad 

Hidup Ara jadi kacau bilau. Keretanya dijual. Aktiviti hariannya disekat. Eiyad tak ubah seperti seorang musuh buat Ara. Dia bencikan lelaki itu. Eiyad penyebab segala-galanya. Mamanya berubah disebabkan Eiyad. Papa dan mamanya bercerai, juga disebabkan Eiyad. 

Namun, segalanya berubah apabila Ara mengetahui apa yang berlaku sembilan tahun yang lalu. Ara mula rapat dengan Eiyad. Layanan lelaki itu kadangkala membuatkan naluri perempuannya tersentuh. Ara cuba menepis segala perasaan asing yang hadir. Kerana bagi dia Ara + Eiyad = Impossible. 

Satu peristiwa yang memberi tamparan besar pada hidup Eiyad merapatkan semula hubungan mereka. Ara tidak betah membiarkan Eiyad terkapai-kapai dalam lautan kesedihan. Dia hadir untuk merawat luka di hati lelaki itu tanpa mengharapkan sebarang balasan. 

"Do you still love me?" - Eiyad 

"Sama ada aku masih cintakan kau ataupun tidak, itu tak penting. Kau dan aku adalah sesuatu yang mustahil." - Ara 
Benarkah? Benarkah antara dia dan Eiyad adalah sesuatu yang mustahil? Adakah equation yang Ara cipta selama ini benar? Adakah Ara + Eiyad = Impossible? Atau sebenarnya Eiyad sememangnya ditakdirkan untuk Ara? Adakah Ara akan bertemu dengan pelangi yang dia nantikan selama ini?



REVIEW

Dalam novel ni, penulis cuba buat kisah yg bertemakan love-hate relationship antara Ara dan Eiyad. watak Ara seorang yg degil dan kuat memberontak. perceraian ibu dan bapanya banyak bagi kesan pada hidup Ara dan dia selalu menyalahkan ibu dan juga Eiyad, abang angkat yg dijaga keluarganya. Eiyad pula selalu jaga Ara kadang tu macam terlalu mengongkong sebab tak nak Ara tersasar jauh.

Ara tak pernah anggap Eiyad sebagai abang dan konflik perasaan Ara bila lelaki yg dia benci selama ni tetiba bertukar menjadi sayang. lagi susah nak berdepan dengan Eiyad bila lelaki itu cuma anggap dia sebagai adik.

walaupun novel ni agak tebal tapi takde la rasa cite dia macam meleret sangat atau konflik yg terlalu berat. aku suka gaya penulisan Azura Raisuddin (first time baca novel dari penulis ni) maybe aku akan baca novel dia yg lain. plot dalam novel ni juga tersusun kemas, setiap konflik yg berlaku boleh nampak watak Ara berubah dan belajar untuk menjadi lebih baik.

walaupun pada mulanya aku suka dengan Eiyad yg selalu protect Ara yg kadang terlalu overprotective tapi lepas hampir lebih separuh buku kena brainwash dengan equation Ara + Eiyad = Impossible, aku dah macam boleh terima yg Eiyad just anggap Ara sebagai adik, aku rasa macam impossible hubungan mereka untuk bertukar, tetiba nak twist kat sini, boleh tak? hahaha. penat nak tunggu Eiyad sedar perasaan dia.

You Might Also Like

3 comments

  1. Cepatnya Tiara baca buku!! Siqah dah beli novel ni tapi macam biasalah, tak tahu nak baca bila. Hihi. Tertarik dengan cover novel ni dan ramai review best kat GR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada byk bahan bacaan laju la baca, kalau xde slow la..hihi

      yup cover dia memang menarik itu yg grab dulu. bila baca byk review yg best lg semangat nak baca :)

      Delete
  2. Tersuka cover novel ini.. Tambah suka lepas baca review Tiara.. Nanti nak beli.. masuk list dulu..

    ReplyDelete

Top Commentators