Novel | Dheo's

2:58 PM


Novel : Dheo's
Penulis : Anjell
Muka Surat : 653
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Julai 2018



REVIEW

selepas kematiannya ayahnya, Rissa dapat tahu dia telah bankrupt kerana hutang ayahnya dan semua harta miliknya telah diserahkan kepada Dheo Han. untuk melangsaikan hutang tersebut Rissa terpaksa bekerja sebagai housekeeper di hotel lelaki itu.

siapa Dheo Han? adakah mereka saling mengenali? aura Dheo terlalu misteri, terlalu beku tetapi setiap kali dekat dengan Dheo, Rissa rasa mereka saling mengenali tetapi memori silamnya kosong, dia tak mampu ingat kehidupan yg dilaluinya sebelum kemalangan yg berlaku tiga tahun yag lalu. banyak yg berlaku di sekelilingnya, Rissa tekad untuk menyiasat dan mencari memorinya yg hilang.

Just giving you my honest opinion, Tesoro. Be careful with the world around
 you. Stoicism is the best facade. People don't know the darkness lies beneath.

All you have to do is remember everything, Rose. Everything. Selagi awak tak ingat, 
selagi itulah awak kena ragu-ragu dengan setiap status yg keluar dari mulut orang 
yg nyatakan dia kenal awak sebelum ini.

Don't trust a stranger!


aku suka watak Dheo dalam novel bukan tipikal hero yg selalu muncul dalam novel Anjell iye kaya tapi sangat misteri dan ada hidden identity. dari awal lagi banyak hint yg diberi penulis untuk teka hubungan antara Rissa dengan Dheo. apa hubungan mereka? silalah gali nanti jadi spoiler pula..hihi

jalan cerita jadi best bila Rissa dapat ingat balik dan satu demi satu rahsia Dheo terbongkar bukan saja Dheo tapi orang yg dekat dan rapat dengan Rissa juga ada motif sendiri. kesian jadi Rissa ni sebab kadang dia tak tahu siapa kawan, siapa lawan. dalam novel ni ada juga selit pasal mafia dan bahasa itali sikit.

bagi aku, Dheo ni favourite novel aku dari Anjell selepas Tundukkan Playboy Itu dan Eksperimen Cinta mungkin kerana aura watak Dheo sangat kuat 😁

You Might Also Like

12 comments

  1. Cepatnya habis baca!! Yes.. Suka watak hero yang misteri gitu <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh nak peram novel ni lama-lama la Siqah..hihi

      Delete
  2. ehh terbitan julai 2018 tapi macam mana boleh dah dapat novel ni? huwaaa jeles haha. sebab ANJELL is one of my fav novelist. haritu pergi kedai buku popular n MPH takde pula novel ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buku ni dah keluar di PBAKL, kalau nak tgu di bookstore lambat lg rasanya.

      Delete
  3. best watak hero misteri...mmg nak kena cari jugak nii

    ReplyDelete
  4. hah! lamanya tak baca novel. macam best ja watak hero misteri tu.

    ReplyDelete
  5. Wah.. Watak hero misteri ni memang best.. Akan ku caba cari dan baca..

    ReplyDelete
  6. waahhh menarik! Kenapa la review ni tak keluar sebelum pergi pbakl haritu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat buku ni pun lepas pbakl, cmne nak tulis review awal..hihi

      Delete
  7. cetakan dah habiskan.kn tggu cetakan baru. Tanya Popular pon tak tahu bila ada.

    ReplyDelete
  8. hai buku ni dah ada dekat popular or mph tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ada.. saya baru nampak buku ni kat popular.

      Delete

Top Commentators