Novel | Dalam Diam Aku Terpikat

11:29 PM

(PNM e-Reader)

Novel : Dalam Diam Aku Terpikat
Penulis : Aulia Iman
Muka Surat : 656
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : March 2015

SIPNOSIS

SEKALI pandang sudah benci, dua kali pandang terus naik hantu. Begitulah keadaannya apabila Misha yang digelar monster bertemu dengan Si King Kong bernama Megat Danial. Dalam tak suka, si gadis yang begitu dibenci akhirnya menjadi srikandi yang menyelamatkan dirinya daripada tuduhan khalwat.

Kerana sikap Misha yang tegas dan kuat melawan, Megat Danial mengambil keputusan untuk membawa ibu yang selama ini dipinggirkan kembali pulang ke pangkuan. Dengan adanya gadis monster seperti Misha, dia yakin nasib ibunya akan terbela dan selamat daripada gangguan ibu dan bapa saudara yang begitu gilakan harta dan pangkat. Tapi, mahukah Misha menerima permintaannya semudah itu?

Kerana kesudian Misha, hati keras Megat Danial lembut dengan sendirinya. Dia yang selama ini sering kali menyisihkan Zahara, si ibu, perlahan-lahan cuba menerima Zahara dengan hati terbuka. Dan takdir cintanya dengan Elmi Husna, a.k.a Misha pun bermula...


REVIEW

pertama kali berjumpa Misha dan Megat Danial memang tak pernah sebulu sebab terperangkap dengan agenda buruk macik-macik Danial mereka terpaksa bernikah. konflik dalam novel ni pacik macik Danial tak puas hati Danial dapat harta padahal Danial tu cucu je. yg aku tak suka sangat watak Megat Danial ni tak berapa nak matang walaupun tegas. tahula kena kahwin paksa at least cuba la rasa bertanggungjawab sikit.

watak sampingan dalam novel ni pun annoying yg selalu terjumpa dalam lakorn, jenis yg bingit pastu tak pasal nak pelempang orang. taktik kotor nak perangkap orang pun asyik ulang benda yg sama je omg pleaselah kreatif sikit, banyak je cara lain lagi boleh guna.

kalau novel ni dibuat drama, aku memang tak nampak drama melayu tapi drama thai..hihi. nak buat camne aku banyak sgt tengok lakorn so terasa banyak sangat benda yg familiar dalam novel ni, jalan citer pun mudah sangat nak teka.

You Might Also Like

2 comments

  1. Jalan cerita mudah nak teka ini.. Kikiki..

    ReplyDelete
  2. kalau drama thai, memang bingit lah makcik2 dia ni hahaha

    ReplyDelete

Top Commentators