Novel | Aku Lelakimu

12:35 AM


Novel : Aku Lelakimu
Penulis : Sara Aisha
Muka Surat : 743
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : September 2017


REVIEW

Aku Lelakimu, kisah mengenai wartawan jenayah bernama Tihani Rose a.k.a Tia yg sibuk mengejar berita ntah di mana silapnya dia menjadi target pembunuh bersiri yg digelar White Killer. Alexander Aryan atau Alex, penulis novel jenayah yg sangat diminati Tia  tetiba muncul menyelamatkannya dan melindungi Tia dari menjadi mangsa White Killer.

mula dari prolog, novel ini terlalu mendebarkan dan kadang sangat merimaskan bila dari saat mula baca novel ni terlalu banyak persoalan yg dibiarkan berlalu untuk menambah tahap curiousity tapi bila dah paham jalan cerita dan konflik dalam Aku Lelakimu baru aku boleh membaca dengan tenang. ok tenang la sangat bila baca macam mana White Killer tu bunuh mangsa dia, mimpi ngeri!

aku rasa part yg kurang best bila identiti White Killer dah didedahkan terlalu awal kepada pembaca, kat sini semangat nak meneka siapa pembunuh memang dah hilang dan at the end bila polis dapat tahu siapa White Killer memang dah tak rasa surprise langsung. manakala watak utama Alexander Aryan selalu buat kita tertanya, apa masalah mamat ni sebab Alex terlalu tenang walaupun dalam situasi yg mencemaskan seolah tidak rasa takut dalam diri lelaki bernama Alexander Aryan. ada persamaan antara watak White Killer dan Alex, dua-dua psikopat yg membezakan ialah nilai empati yg ada pada diri mereka.

bagi aku bahagian thriller dan romance dalam novel ni agak balance dan sangat enjoy bila baca babak antara Alex dan Tia walupun kisah mereka takde la over romantik sangat tapi maybe sikap prihatin mereka to each other yg buat aku rasa sweet sangat. yg tahan walaupun tengah baca part serius boleh pula tersengih sampai kena remind diri sendiri yg aku tengah baca genre psiko-thriller bukan romantic comedy. maybe watak Alex yg terlalu tenang kot sampai aku rasa ok nothing will happen sebab Alex ada kat situ..haha

novel ni memang cukup rencah dan watak Tihani Rose, Alexander Aryan dan Rafael Lee memang jarang nak jumpa dalam novel lain. salute pada penulis Sara Aisha sebab berani untuk keluar dari tipikal novel melayu dan bila baca fakta bahagian trivia memang menarik, nampak penulis ni banyak buat researh untuk hidupkan watak dan jalan cerita dalam novel Aku Lelakimu. kalau nak mencari kelainan dalam novel melayu, try la baca Aku Lelakimu, part cover tu sila tolak tepi dulu.

lepas baca novel ni terasa nak cari karya Sara Aisha yg lain, yg dah lama berkenan 
Chan Rak Ter dan Salju Kyoto dan yg paling latest I'm Not a Monster.

You Might Also Like

9 comments

  1. part cover tu la yang buat hati terpikat. Dah beli tapi tak baca lagi, so far review semua bagus untuk novel ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah..banyak review yg bagus utk novel nanti try la baca..hihi

      Delete
  2. Yeayyy! Tiara dah baca!! Mendebarkan dan dalam masa yang sama ada part tersengih2 kan. Love it 😍 Next novel, please read Salju Kyoto. Hero dan heroin lain macam jugak. Siqah tengah cari Chan Rak Ter tapi tak jumpa lagi. Out of stock..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayyy ada geng, igatkan saya je yg baca novel ni dok tersengih sorang2..hahaha

      baik siqah, dalam misi mencari dua novel tu 😉

      Delete
  3. wow.. mcm best jer jalan cerita novel ni.. triller.. hehe

    ReplyDelete
  4. Sila cari Chan Rak Ter dan Salju Kyoto, memang best..

    ReplyDelete
  5. Kak ana suka jalan cerita macam ni. Lain dari yang lain.

    ReplyDelete
  6. Macam best aje novel nie, akak nak kena tanya member opis nie..

    ReplyDelete
  7. Haritu baca review kak Siqah, then review awak pula, haha , rasa nak cari jee.

    ReplyDelete

Top Commentators