Novel | The Unsung Hero

4:10 PM


Novel : The Unsung Hero
Penulis : Melur Jelita
Muka Surat : 1156
Penerbit : KaryaSeni
Terbitan : September 2014

SIPNOSIS

Kissing cousin?
Huh?!
Bagi Deraman tak berdosa.

Bagi Blackswan, sangat berdosa! 
Sumbang mahram! Dari Blackswan bertukar kepada angry bird.
Sombong menonggek! 

Blah cam tu je dari Deraman, lelaki serigala jadi-jadian!

Ketika semua kesayangan ditarik dari seorang insan, dia tewas. Tapi seorang insan yang terpilih untuk diuji oleh Allah SWT, sebenarnya memiliki jiwa juang yang sangat kental. Allah pilih, Allah uji kerana dia mampu. Lihatlah bila satu jiwa yang tewas kemudiannya reda dengan ketentuan Allah bangkit menjadi jiwa baru. Dia harus kuat! Kerana itulah satu-satunya pilihan yang ada.

Kisah kejiwaan yang sangat meruntun hati di antara sepasang sepupu yang dipaksakan hubungan adik-abang dari kecil. Maryam akur. Irvan enggan. Mereka terpisah dengan satu janji. Tetapi janji itu dimungkiri dengan kehadiran Riyaz.
Hoo rat! Riyaz sangat berani. Seorang putera raja berkuda putih!

Maryam, sang perawan yang pemalu, dipingit rapi dengan penuh adab dan bicara tewas kepada seorang pemuja. Hatinya telah dipesona Riyaz yang berani melanggar sempadan pingitan bak dan bunda.

Irvan, Maryam, Riyaz, Haziq, bak dan bunda, di sinilah couple seminit bermula...

REVIEW

Novelis Melur Jelita ni famous juga tapi aku tak pernah beli novel dia sebab kebanyakan novel dia tebal-tebal belaka so bila novel terlalu tebal bab nak melabur tu agak berat juga. novel ni aku baca di PNM e-Reader.

apa yg aku boleh cakap pasal novel, walaupun tebal penuh dengan isi yg bermanfaat seperti komando VAT69, madu lebah dan banyak lagi la benda yg sebelum ni aku tak pernah tahu pun. selain tu, watak-watak dalam novel ni pun agak menarik macam Mariam yg suka menimba ilmu tapi tak berpeluang nak sambung belajar, Irvan yg nakal tapi penuh dengan falsafah, babah dan chik ibu bapa yg memahami, bak dan bunda yg suka mengawal everything.

sebenarnya aku pernah baca novel Melur Jelita, Awak Suka Saya Tak?. aku memang tak boleh nak habiskan novel tu atas banyak juga la alasan tapi sebab novel tu aku pinjam dari cousin so tak de la rasa membazir bila tak dapat habiskan. kalau nak compare antara dua novel ni memang aku prefer this one sebab The Unsung Hero..hihi

You Might Also Like

11 comments

  1. Best kan novel ini.. Yup tebal giler.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. dah lama tak membaca novel ni. hihi tapi dengar kawan cakap unsung hero ni best

    ReplyDelete
  3. pernah baca novel ni dulu. best! tapi kekadang part yang sarat bebeno dengan info, saya skip je hahaha. saya pula kalau nak bandingkan unsung hero ni dengan awak suka saya tak?, saya lebih suka awak suka saya tak?. mungkin sebab isinya lebih ringan sikiittt hehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. main reason tak suka novel Awak Suka Saya Tak?, saya rasa heroin sgt annoying. apapun masing-masing ada pendapat sendiri..hihi

      Delete
  4. best kan cerita dia, ada sambungan cerita ni, The One

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tapi tak rasa nak baca sambungan dia lagi..hihi

      Delete
  5. Melur ... sama dengan nama penulis dalam cerita Mr Donut Caramel.

    ReplyDelete
  6. Siqah tak habis baca novel ni. Bila kat pertengahan rasa mendatar je pulak. Lupa dah jalan cerita.

    ReplyDelete

Top Commentators