Novel | Magisnya Cinta

8:42 PM

(PNM e-Reader)

Novel : Magisnya Cinta
Penulis : Syamnuriezmil
Muka Surat : 738
Penerbit : Penulisan2U
Terbitan : 2015

SIPNOSIS

Cinta itu seperti magis. Sihirnya boleh membuat seseorang yang waras boleh jadi gila, hilang boleh cari, hati boleh diganti dan benci... boleh tinggal seinci. Ya, cinta itu magis. Hebat kuasa yang ada pada cinta, yang hanya bermula daripada rasa.

Kerana cinta, Adib Haiman sanggup melepaskan orang yang dicintai. Kerana cinta, Rose Khadeeja mengikut kata hati. Kerana cinta, Natasha Erynna sanggup berdendam. Kerana cinta, Megat Razeen sanggup mengambil kesempatan. Kerana cinta, Megat Waiz Yafiq sanggup pasrah dan reda. Kerana cinta, Cinta Alana sanggup mengikut kehendak orang tua. Kerana cinta, semuanya sanggup berbuat apa saja.

Namun...

Adakah semua kesanggupan itu ada nilainya? Akankah mereka bertemu dengan cinta sejati?
Semuanya bermula pada satu rancangan yang dibuat oleh Rose. Kononnya mahu menegakkan keadilan ke atas percintaan kawan baiknya, Natasha yang kecundang dengan Adib. Namun akhirnya, hati Rose pula yang tersangkut. Itulah, magisnya cinta buat benci bertukar sayang. Rupa-rupanya, Adib turut mempunyai perasaan yang sama terhadap Rose.

Saya cintakan awak kerana Allah S.W.T. Saya lepaskan awak, juga kerana Allah S.W.T. Kalau awak kembali kepada saya kerana Allah S.W.T, saya akan terima awak kerana Allah S.W.T. - Adib Haiman


REVIEW

kisah antara Adib dan Rose memang best, kadang sampai boleh tergelak dan tersengih sorang-sorang bila baca part mereka gaduh pastu mulalah jatuh cinta, sebenarnya bila hati dah makin serasi tak banyak sangat pun konflik antara mereka.

dari suka dengan novel ni aku start rasa bosan bila banyak pula watak yg diketengahkan apabila masuk pertengahan novel ni. kes Natasha banyak mendominasi selain tu isu yg sama je pasal jodoh likes semua watak dalam novel ni kena jumpa jodoh depa dulu baru boleh finish.

You Might Also Like

4 comments

  1. cover dah cantik dah tapi kalau banyak watak ni penatnya nak ingat semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde la banyak sgt cuma ada 2 couple lagi..hihi

      Delete
  2. Memang magis cerita ini.. Kikiki.. Semua watak jumpa jodohnya..

    ReplyDelete

Top Commentators