Todome No Kiss

8:15 PM


Title : Todome No Kiss / Kiss of Death
Episodes : 10
Running Time : 45 minutes
Cast : Yamazaki Kento, Kadowaki Mugi, Mazkenyu, Araki Yuko, Masaki Suda


Todome No Kiss mengisahkan Dojima Otaro yg bekerja sebagai host di bar, selain popular di kalangan wanita, Otaro juga gemar mengikis duit perempuan dan dia juga tak percaya dengan cinta. 

Suatu hari, seorang anak jutawan bernama Mikoto melepak di kelabnya, Otaro ada rancangan untuk memikat Mikoto tapi lain pula yg berlaku apabila muncul seorang wanita misteri yg berpakaian santa secara tiba-tiba mencium Otaro dan dia pun mati.


bila tersedar Otaro mendapati dia telah kembali 7 hari sebelum itu dan ingatkan semua tu hanya mimpi, mimpi yg dia rasa sangat real seperti dejavu. Otaru kemudian sedar yg dia telah menjadi target wanita misteri itu dan kerana ciuman wanita itu, Otaro akan mati dan balik ke seminggu sebelum itu. semua ini akan terus berulang bila Otaro kena kiss dengan perempuan tu.


drama ni not really comedy drama sangat tapi bagi aku sangat funny lagi-lagi tang part Otaro kena serang dengan that lady. apa motif that lady tu sangat misteri la tapi bila dah tahu the whole story yg sebenar aku boleh gelak-gelak je sebab perempuan ni niat dia tak jahat pun tapi dia buat benda tu nampak psiko.


Otaro ni sebenarnya agak jahat juga sebab dia buat macam-macam plan nak pikat Mikoto lebih lagi bila dia dah tahu rahsia di sebalik kiss tu. Mikoto sebenarnya suka pada abang angkat dia jadi peluang Otaro nak pikat Mikoto memang tipis tapi bila dia boleh balik ke seminggu sebelum tu, dia ada banyak peluang untuk betulkan balik kesilapan dia.


antara best part dalam drama ni juga ialah kemunculan street guy ni, macam interesting juga sebab dia percaya dengan cerita Otaru pasal todome no kiss tapi mula tu macam susah nak teka dia ni jahat ke baik yg pasti watak dia memang kelakar.

drama ni sebenarnya agak saspen dan sedih but the whole story sangat interesting and crazy, ending dia pula bagi aku agak memuaskan hati sebab happy ending untuk everyone. satu benda yg aku tak suka pasal drama ni, too much kissu..haha 🙈

You Might Also Like

6 comments

  1. Saya suka juga tengok movie Jepun.

    Thanks for the review,boleh try tengok la pasni.

    ReplyDelete
  2. Alamak.. Malulah sebab banyak adegan kiss.. kikiki.. Cam nak tengok.. Masuk dalam senarai..

    ReplyDelete
  3. opsss. *tutup mata*

    jom join segmen Azah :D
    http://www.azahrahaman.com/2018/03/segmenazahrahaman-aku-seorang-blogger.html

    ReplyDelete
  4. babe!!! PM me later..
    they have special parallel for every eps!
    its like 12min for each eps..
    PM me if you want to watch it..
    it tells about what happened for 7 days bila otarou + saiko mati because the real world is still on going

    ReplyDelete
    Replies
    1. omg..nak pm kat mana ni??

      Hmmmm..yg tu bukan TODOME NO PARALLEL ke sbb rasanya i macam ternampak kat website kento? i thought todome no parallel tu nama lain todome no kiss..haha

      Delete
  5. mcm best jer cerita ni.. hehehe

    ReplyDelete

Top Commentators