Tiada Arah Jodoh Kita

8:29 PM


Drama : Tiada Arah Jodoh Kita
Slot : Akasia TV3
Masa : Isnin-Khamis | 7.00 Malam
Pelakon : Aprena Manrose, Shukri Yahaya, Erwin Dawson, Hafeez Mikail

SIPNOSIS

Afia Awliya setia menanti kepulangan orang tersayang, Fayyad Syakir yang belajar di luar negara. Sebaliknya, Fayyad yang pulang menyuruhnya mengahwini rakan baiknya iaitu Megat Wakeel yang menunggu detik akhir hayat. Afia pada mulanya menolak.

Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel, Megat Aathif yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.

Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.

Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif yang sudah lama menaruh hati mula mengorak langkah. 
Masih adakah bahagia setelah

bahagia yang dahulu telah berlalu pergi? Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?

You Might Also Like

8 comments

  1. Replies
    1. itu la tgk drama ni mcm best sbb ada syukri yahya bila cari sipnosis terus xtau nak follow ke tidak drama ni..hahaaha

      Delete
  2. Macam best sinopsis tp bab kena kahwin paksa tu macam tak berapa berkenan sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn part kahwin paksa tu yg malas, selalunya drama melayu ni lepas part kahwin kte dah malas nak layan..haha

      Delete
  3. nasib tak tengok lagi
    kalau tidak karang tersangkut lak tengok
    haha

    ReplyDelete
  4. oo gitu citenya.
    dah boleh stop tgk la agaknya.
    allah, sarat sungguh bab perasaannya.

    ReplyDelete

Top Commentators