The Fox's Summer

9:18 PM


Title : The Fox's Summer / Fox Falls in Love
Director : Yu Zhongzhong
Writer : Shen Cangmei
Episodes : 44
Running Time : 40 minutes
Cast : Jiang Chao, Tan Songyun, Daniel Zhang Xin


Li Yanshu ni sly fox walaupun nampak happy tapi kalau ada orang yg cari pasal dia akan balas balik. kehidupan dia sebenarnya agak sedih bila parent dia bercerai dan mak dia kahwin dengan orang kaya. walaupun bapa tiri dia sangat baik tapi kakak tiri yg sebaya memang benci sangat dengan dia dan nak sisihkan Yanshu dan mak dia.

Gu Chengze CEO Shenghong Mall Corporation tapi sebenarnya dia cuma anak angkat family Gu so Madam Gu nak cucu sebenarnya untuk jadi pewaris tapi masalahnya Gu Jinyun tak berminat langsung dengan bisnes family mereka dan lebih gemar berfoya-foya. walaupun begitu, Chengze cuba cari jalan supaya Jinyun join dalam management. Chengze ni ada  OCD germophobia so everything kena bersih dan dia allergy kalau orang bohong dengan dia.


Li Yanshu adalah fashion designer di syarikat bapa tiri dia dan suatu hari satu persatu nasib malang menimpanya apabila hasil kerja dia dituduh sama dengan pereka dari Shenghong tanpa diberi peluang kakak tiri dia, Han Junyou mengambil kesempatan ini memecat Yanshu dan disebabkan parent mereka tiada di rumah waktu tu, Junyou juga menghalau Yanshu keluar dari rumah.

Chengze kemudiannya dapat tahu yg Yanshu adalah first love Jinyun, dia mendapat idea untuk mengambil Yanshu bekerja di syarikatnya walaupun Yanshu telah dituduh telah menciplak hasil kerja Shenghong dengan harapan kewujudan Yanshu di situ dapat mengubah perangai Jinyun.

disebabkan waktu tu Yanshu tak ada tempat tinggal dan duit, dia buat macam-macam taktik untuk tinggal di rumah Chengze. Chengze yg mulanya tak suka akhirnya dia terpaksa beralah dan biar Yanshu tinggal dirumahnya dan mereka selalu tak sependapat tapi lama kelamaan hubungan mereka semakin rapat.


Gu Jinyun dan Yanshu bercinta waktu sekolah tapi tetiba sahaja Yanshu hilangkan diri. bila jumpa balik, Jinyun masih marah dan tak puas hati kerana takkan sebab nenek dia senang-senang je Yanshu tolak dia dulu tapi lepas dia tahu kenapa Yanshu tinggalkan dia dulu so dia try nak pikat Yanshu balik.

tapi bagi Yanshu pula, Jinyun ni macam sejarah lama dan dia pun memang tak ada perasaan dah pada Jinyun. yg Yanshu sakit hati bila Chengze memandai nak kenenkan dorang balik. yg bestnya bila Chengze dah sedar yg dia sebenarnya dah suka pada Yanshu, part nak memikat tu macam kelakar sikit sebab mamat ni tak pernah bercinta.


the thing yg aku suka dalam drama ni ialah interaction antara Yanshu dan Chengze sangat comel dan sweet dengan character mereka yg sangat opposite dan itu yg buat drama ni really fun to watch.

but the other characters agak annoying dan tak consistent. macam Madam Gu yg terlalu tegas dengan pendirian dia dan Han Junyao yg terlampau benci dengan Yanshu, yg aku tak paham kejap dia macam ok kejap dia macam benci balik dengan Yanshu then baru tahu sebenarnya dia ada hati pada Jinyun.

actually drama ni split kepada 2 season. first season (ep 1-21) bagi aku agak light dan fun dan season 2 pula (ep 22-44) macam banyak sangat halangan dan banyak plot twist yg klise sangat  lepas satu satu so itu macam benda yg tak best la bila aku tengok drama ni.

You Might Also Like

4 comments

  1. Panjangnya.. Tak sanggup nak tengok.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama cina memang panjang kak, kdg rasa cite dia mcm best bila tengok berpuluh episode pikir byk kali juga nak tgk..hehe

      Delete

Top Commentators