Happy Marriage

12:36 AM


Title : Hapimari : Happy Marriage!?
Episodes : 12
Running Time : 35 minutes
Cast : Dean Fujioka, Seino Nana


Hai, sekarang ini selain drama Hwayugi aku memang tak tahu nak tengok drama apa so aku just tengok random things random video on youtube dan end up terjumpa drama ni, Happy Marriage. luckily drama ni agak pendek and so nice, just wonder kenapa aku tak pernah perasan drama ni before this.

drama Happy Marriage ni diadaptasi dari manga menggunakan judul yg sama mengisahkan Takanashi yg bekerja sebagai office lady dan terpaksa bekerja part time pada waktu malam di bar sebagai hostess untuk membayar hutang ayahnya yg gemar berjudi. One day, dia bergaduh dengan pelanggan lelaki di bar itu dan dibuang kerja. 

keesokannya dia mendapat tahu, lelaki tersebut ialah Mamiya Hokuto pewaris Mamiya Empire dan lelaki itu menawarkan contract marriage kepadanya. pada mulanya Chiwa menolak tapi kerana memerlukan wang untuk melangsaikan hutang ayahnya Chiwa akhirnya menerima proposal tersebut.


selepas berkahwin, Chiwa berharap kehidupan mereka seperti pasangan normal yg lain walaupun perkahwinan mereka cuma satu kontrak dan Chiwa pun tahu sebab apa Hokuto kahwin dengan dia. Hokuta pula walaupun sibuk dengan kerja dia tetap layan Chiwa dengan baik cuma dia tak suka Chiwa masuk campur urusan dia.

Chiwa sedar banyak benda dia tidak tahu pasal Hokuto terutama masalah Hokuto dengan ayah dia dan dia rasa jealous bila tahu ada seorang wanita bernama Misaki yg rapat dengan Hokuto tapi part yg kelakar bila Chiwa kena berhadapan dengan Souma secretary Hokuto yg perangai dah macam mak mertua dia.


first thing aku suka leads drama ni dan adore this couple walaupun kadang tu Hokuto nampak macam cold sikit tapi dorg nampak cute dan sweet sangat especially part awal-awal macam kelakar bila Chiwa setuju dengan proposal Hokuto pastu macam eh senang sangat korang ni kahwin.

selain itu, yg bestnya drama ni agak pendek jadi dia tak serabut dengan konflik yg meleret-leret dan dari segi storyline dia bukan la benda yg baru sangat sebab bila tengok drama ni aku rasa macam romantik drama yg selalu tejumpa dalam drama taiwan ataupun korea tapi yg buat aku rasa drama ni interesting dan entertaining sebab susah nak jumpa drama jepun macam ni.

You Might Also Like

11 comments

  1. Macam cerita kekasih paksa rela ye? Tapi hero ada 2 isteri la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh please lah jgn samakan dgn drama melayu..haha

      Delete
  2. part awal drama ni nak sama dengan movie korea perfect proposal tapi lepas tu dah lain dah hehehe

    ReplyDelete
  3. nak try tengok lah sebab tak panjang sangat :P

    ReplyDelete
  4. Menarik nie.. sebab pendek.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Hi ! Thank you kasi sinopsis sebab I tak layan Japanese drama but this seems interesting ah. I baru habis layan Prison Playbook (korean drama) and now tengah layan Master Devil Do Not Kiss Me (taiwanese or chinese drama) I tak sure haha ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome~ :)
      Master Devil tak silap chinese drama sebab nowadays i tgh kumpul list chinese drama utk tengok..hehe

      Delete
  6. Comel pula baca review drama ni. Kak ana jarang sgt tgk drama jepun. Dulu masa sek bukan main layan lagi.

    ReplyDelete
  7. dah baca manga dia and best!!. pastu suddenly baru tahu ada movie adaptasi dari manga. memang dalam list to be watch :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jumpa lg manga dia plus im not in mood to read manga sangat sekarang ni..hihi

      Delete

Top Commentators