Gomen Aishiteru

10:56 PM


Title : Gomen, Aishiteru
Director : Yasuharu Ishii
Writer : Taeko Asona
Episodes : 10
Running Time : 60 minutes
Cast : Tomoya Nagase, Riho Yoshioka, Kentaro Sakaguchi

korean version

Gomen Aishiteru adalah remake dari drama Korea bertajuk I'm Sorry, I Love You lakonan So Jisub, Lim Soojung dan Jung Kyungho yg diterbitkan pada 2002, versi korea memang sangat popular dan salah satu drama terbaik So Jisub. aku dah lama tengok yg versi korea ni tapi tak berapa ingat jalan cerita ni, yg aku ingat this one is melodrama dan ending dia sangat sedih.


Gomen Aishiteru mengisahkan Ritsu yg terlibat dalam kongsi gelap di Korea dan juga orang kanan kepada Ran (Lee Soo Hyuk). Suatu hari, Ritsu cuba menyelamatkan Ran tetapi dia ditembak di kepala dan cedera parah. apabila tersedar doktor memberitahu yg dia tidak mempunyai banyak masa untuk hidup.

Ritsu kembali ke Jepun dengan misi untuk mencari ibu kandungnya dan kemudian dia bertemu ibunya yg bernama Reiko tetapi dia dapat tahu ibunya ada anak lain bernama Satoru. Ritsu tekad nak balas dendam pada ibunya sebab dia ingat mak dia buang dulu sebab miskin.

sebelum tengok drama ni, aku rasa hero dia macam tua sangat pastu aku baru ingat Nagase yg main watak Ritsu ni pelakon yg sama dalam drama My Boss My Hero. aku jarang nak tengok drama yg remake sebab nanti aku suka compare dengan original version tapi bila tengok Nagase berlakon  dalam drama ni aku memang tak ingat langsung pada So Jisub.


Rinka pula kawan baik Satoru sejak kecil dan sekarang dia bekerja sebagai manager Satoru dan menguruskan dan menjaga Satoru. Rinka dah lama suka pada Satoru tapi terpaksa simpan perasaan dia sebab Satoru suka pada orang lain.

Rinka bertemu dengan Ritsu di Korea ketika dia dalam kesusahan. bila mereka bertemu kembali di Jepun, Rinka menolong Ritsu untuk dapatkan kerja sebagai pemandu Satoru, hubungan mereka semakin rapat.


Reiko seorang pianist dulu tetapi sudah bersara atas sebab kesihatan dan sekarang Satoru mewarisi bakat tersebut dan menjadi pianist terkenal. Satoru ni watak dia anak emak, perangai dia tak matang langsung dan banyak depend pada orang terutamanya Rinka dan mak dia.

watak mereka dua ni agak selfish la walaupun Satoru baik sikit dari mak dia, aku tak suka cara mereka layan Rinka. walaupun Reiko tahu Rinka suka pada Satoru tapi tak pernah peduli pasal perasaan dia tapi bila Rinka dah move on dorang nak Rinka terima Satoru tanpa tanya pendapat atau perasaan dia.

layanan Reiko pada Ritsu sangat dingin, dia selalu pandang rendah pada Ritsu disebabkan background Ritsu dan lelaki tu pernah terlibat dengan kongsi gelap. bila jadi something pada Satoru mesti dia nak salahkan Ritsu. kadang tu kesian juga pada Ritsu sebab dia just nak Reiko baik pada dia tapi dia selalu dapat layanan yg tak adil.


versi korea still lagi my favourite but Jepun punya pun best juga dan pada pendapat aku Jepun sangat bagus bila buat remake drama sebab dorang cuba buat versi mereka sendiri tapi masih lagi tak lari dari jalan cerita asal. ada few part yg depa ubah sikit untuk beri kelainan pada drama ni macam contoh watak Ran sepatutnya perempuan bukan lelaki dan versi jepun tak terlalu sarat dengan emosi yg melampau tapi masih lagi sedih untuk ditonton.

aku rasa aku lagi suka ending yg jepun punya sebab dia ada good message yg tak nak galakkan  kes bunuh diri (kalau tengok drama asal mesti tahu macam mana hero dia mati) so mereka tak tunjuk cara Ritsu mati tapi nak kita pikir sendiri dan at least Rinka ni tak bodoh macam heroin original version.

You Might Also Like

4 comments

  1. mcm pernah tgk cerita kat atas sekali tu.. ehehe

    ReplyDelete
  2. nagase!!
    i skip reading you review sbb this dorama is on my list! hehe
    thank you BTW

    ReplyDelete
  3. Suka remake yang berbeza dan ada identiti sendiri tapi still tak lari dari drama asal.. Macam nak tengok je.. huhuhu..

    ReplyDelete

Top Commentators