Ugly Duckling Series : Don't

11:11 PM


Series Dont mengisahkan Maewnan yg mempunyai trauma dan hilang keyakinan untuk berjumpa orang selepas cintanya ditolak dan diejek hodoh. sejak peristiwa itu, dia tidak keluar rumah selama tiga tahun. bapa dan adiknya, Plawan sangat supportive dan mereka cuba mencari jalan supaya Maewnam dapat mengatasi masalahnya itu.

selepas tiga tahun Maewnam bersekolah semula dan penampilannya yg memakai kotak menarik perhatian pelajar disitu. Maewnam juga berjumpa Minton dan Zero yg mempunyai dua personaliti yg berbeza.


Minton seorang yg baik dan selalu menolong Maewnam apabila Maewnam ditimpa masalah atau dibuli oleh pelajar yg lain. Minton juga sekelas dengan Maewnam dan hubungan mereka sangat rapat.


Zero pula totally bad guy dalam drama ni dan selalu cari pasal dengan Maewnam sebab dia annoying tengok Maewnam pakai kotak dan selalu paksa Maewnam untuk buka kotak tapi sekali dia nampak muka Maewnam terus jatuh cinta.

Zero buat macam-macam cara nak kawan dengan Maewnam tapi banyak pula halangan terutama sekali daripada bapa dan adik Maewnam tambahan pula saingan dia Minton yg baik hati tu so nak tahu Maewnam pilih Zero atau Minton kena la tengok..hihi


memula tengok drama ni macam juga pelik tengok Maewnam dengan kotak dia tapi drama ni end up sangat best walaupun aku tak pernah tengok depa ni berlakon sebelum ni. drama ni memang best dan kelakar terutama sekali watak ayah dan adik Maewnam dan i ship this couple, Maewnam dan Zero.

You Might Also Like

4 comments

  1. Bila baca post ni rasa macam kelakar je cerita ni. Dah selalu nampak dah poster cerita ni tapi tak terbuka hati nak tengok lagi. Maybe dah boleh tengok kot sekarang sebab memang tengah ada mood nak tengok anything selain dari Korean. Haha :D

    ReplyDelete

Top Commentators