Tae Pang Korn 2017

8:52 PM


Title : Tae Pang Korn
Also Known as : The Past Life
Year : 2017
Episode : 21
Duration : 60 minutes
Cast : Vill Wannarot, Son Yuke, Toomtam Yuthana


Tae Pang Korn 2017 adalah drama yg remake dari lakorn lama yg popular dan ini merupakan versi ketiga. Drama ni mengisahkan cinta sejati antara Maan Kaew dan Chai Yai dan kisah mereka agak panjang juga sampai masuk 3 life times so maybe entry ni agak panjang tapi apa yg aku boleh komen drama ni memang best tapi sangat sedih.

First Life

Chai Yai dan Maan Kaew

Drama ni bermula pada tahun 1917, Chai Yai pulang selepas 10 tahun belajar di luar negara, sebaik tiba Chai Yai mendapat tahu ibunya mahu menjodohnya dengan Ying Thae (keluarga mereka ni keluarga diraja Siam). Chai tidak berapa suka dengan idea ibunya kerana dia menganggap Ying Thae seperti adiknya.

Chai Yai kemudiannya jatuh cinta dengan Maan Kaew dan ibunya sangat benci dengan gadis itu, walaupun Maan Kaew seorang puteri dari Laos tapi ibu Chai Yai rasa Maan Kaew tidak setaraf kerana bukan berasal dari keluarga diraja Siam.

Ying Thae berdendam bila mendapat tahu dia bukan pilihan Chai Yai.

Banyak rintangan terpaksa dihadapi Chai Yai dan Maan Kaew dan akhirnya mereka berkahwin. Namun pada malam perkahwinan mereka Maan Kaew mati diracun. Chai Yai pula jatuh sakit kerana setiap hari merindui Maan Kaew dan tidak lama selepas itu Chai Yai meninggal.

Second Life


Selepas 29 tahun, Maan Kaew dilahirkan semula sebagai Rachawadee dan bekerja sebagai guru di sekolah yg mana dulunya merupakan istana milik keluarga Chai Yai. Rachawadee tinggal di asrama yg disediakan untuk guru-guru dan setiap hari dia melihat sebuah rumah yg terbiar di belakang sekolah dan tertarik untuk pergi ke situ. 

Suatu hari, Rachawadee melawat rumah terbiar di situ dan melihat seorang lelaki yg disangkanya tuan rumah dan apabila masuk ke dalam dia melihat sebuah potrait seorang wanita yg mirip dengan wajahnya. banyak peristiwa aneh yg berlaku kepadanya dan dia selalu tertidur di kawasan rumah itu dan bermimpi melihat kehidupannya pada hayat yg lepas. 

Rachawadee kemudiannya mendapat tahu dia adalah kelahiran semula Maan Kaew dan lelaki yg sering berbual dengannya itu adalah roh Chai Yai yg masih setia menunggu Maan Kaew dan rumah terbiar tersebut ialah rumah perkhawinan milik Maan Kaew dan Chai Yai.

Chai Yuth, Rachawadee & Sawanya

sekolah tempat Rachawadee mengajar tu sekarang adalah hak milik keluarga Ying Thae dan pertama kali melihat Rachawadee, Ying Thae tahu gadis itu adalah kelahiran semula Maan Kaew. anak buah Ying Thae yg bernama Chai Yuth telah tertarik dan jatuh cinta dengan Rachawadee sedangkan ketika itu Chai Yuth sudah mempunyai tunang, Sawanya

Ying Thae tidak mahu sejarah lama berulang dan buat pelbagai cara untuk menghalang Chai Yuth berkahwin dengan Rachawadee termasuk menghalang pertunangan Chai Yuth putus walaupun telah mengetahui perangai buruk Sawanya.


dalam drama ni lebih fokus pada second life Maan Kaew sebagai Rachawadee dan dalam second life ni lebih kepada perhitungan antara Ying Thae dan Rachawadee. awal-awal tu Rachawadee malas nak ambil kisah sangat tapi bila tahap benci Ying Thae melampau sangat so sikit sebanyak Rachawadee macam dah hilang sabar dan malas nak turut semua kemahuan Ying Thae. last sekali Ying Thae mati tapi tak pasti dia sempat taubat ke tidak sebelum meninggal tu.

Pengakhiran pada second life ni sedih juga sebab Rachawadee mati setelah lama sakit menderita kesan daripada racun yg Ying Thae bagi kat dia. Chai Yuth pula tidak bahagia dengan perkhawinan dia bersama Sawanya sebab perangai Sawanya yg kaki judi sampai habis semua barang dia nak gadai so mereka bercerai.


dalam 3 life times ni, aku paling suka watak Son Yuke jadi hantu sebab dia selalu senyum. hensem sangat kot actually aku memang minat sangat dengan Son Yuke sebab tengok satu lakorn ni..hihi. dan hantu Chai Yai juga selalu bagi semangat pada Rachawadee bila Rachawadee ada problem. macam first life, Rachawadee memang dah jatuh cinta dengan Chai Yai ni tapi tu la tak boleh nak komen apa sebab dia spirit je..huhu

Third Life


part last sekali pendek je cuma tiga episode sahaja. kali ni Chai Yai dilahirkan semula sebagai Jirakorm anak kepada Chai Yuth dan Sawanya. Rachawadee pula dilahirkan semula sebagai Antra. takdir dan jodoh antara mereka sangat kuat seperti kehidupan sebelum bila mereka berjumpa dan jatuh cinta sehingga merancang untuk berkahwin.

ada pula halangan bila Sawanya tidak setuju bila mendapat tahu anaknya mahu berkahwin denga Antra lagi-lagi muka Antra ni seiras dengan Rachawadee. walau bagaimanapun ramai yg menyokong perkahwinan antara Jirakom dan Antra termasuklah Chai Yuth kerana dia tahu pada hayat ini Rachawadee sudah bersatu semula dengan cinta hati dia.


drama ni memang best walaupun ada part macam tak logik sikit macam tang tetiba hantu Ying Thae ni muncul mengamuk dekat Antra dan Jirakom, akak dah macam omg power betul hantu ni belasah orang. but seriusly drama ni memang sedih sangat, aku boleh komen ni drama thai paling sedih aku pernah tengok tapi nasiblah happy ending kan kalau tidak mahu frust aku dengan drama ni.

You Might Also Like

3 comments

  1. anis selalu nampak vill ngn toomtam berlakon drama sekali TT_TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. jodoh depa tak kuat dalam drama ni..hihi

      Delete
  2. Kalau sedih tapi last happy ending, seronoklah.. Atleast takdelah stress sangat..

    ReplyDelete

Top Commentators