Lookout (The Guardian)

8:16 PM


Hai Semua.. Drama Lookout/Guardian ni dah lama duduk dalam list kononnya nak tunggu drama ni habis tapi bila habis terus aku pun lupa pasal drama ni. antara sebab kenapa aku nak tengok sangat drama ni adalah pelakon utama dia iaitu Kim Young Kwang dan Lee Si Young.

Lookout mengisahkan satu kumpulan yg cuba menegakkan keadilan bagi menghukum pesalah yg sebenarnya yg masih bersembunyi di sebalik undang-undang.


Jo Soo Ji (Lee Si Young) seorang detektif dan juga merupakan ibu tunggal yg mempunyai seorang anak perempuan bernama Yoona. Suatu hari dia mendapat berita buruk anaknya kritikal kerana terjatuh dari bangunan tinggi. Sooji dibuang kerja apabila bertindak menyerang pesalah sebenar apabila mendapat bukti kemalangan yg berlaku ke atas anaknya adalah disengajakan.

Sooji kemudian sedar dia tidak mampu melawan undang-undang sedia ada dengan bertindak melulu. Sooji menjadi perlarian dan cuba bersembunyi daripada ditangkap polis pada masa yg sama dia menyusun strategi untuk menangkap pesalah sebenar.


Jang Do Han (Kim Young Kwang) seorang pendakwaraya dan pada mula aku rasa dia ni macam agak annoying dengan perangai dia nak show off yg dia ada duit dan juga mengampu orang atas untuk dapat sokongan mereka. Soo Ji memang anti giler dengan mamat ni sebab banyak ganggu kerja polis untuk siasat kes tapi watak Do-han ada kisah sendiri yg dia cuba sembunyi.


Kim Eun Jung juga seorang pendakwaraya dan tidak gemar dengan cara Do-han bekerja. Eun-jung juga mempunyai perasaan pada Sooji. apabila kemalangan berlaku kepada anak Sooji, Eunjung cuba membantu Sooji.


Kyung-soo (Key) dan Bo-mi (Kim Seulgi) masing-masing mempunyai kisah lampau yg sedih yg menyebabkan mereka tidak percaya dengan undang-undang sedia ada. atas arahan Leader mereka mengambil Sooji menyertai mereka dalam menjayakan misi mereka.


aku suka dengan watak heroin, Jo Sooji sebab selalunya heroin macam lembik tapi dalam drama ni watak Soo Ji sangat strong dan lasak. Soo-ji seorang ibunya yg penyayang sudah tentu dia rasa sangat sedih bila perkara buruk berlaku ke atas anaknya tapi bila kematian anaknya tidak terbela, Sooji bangkit untuk melawan walaupun ramai yg menganggap dia gila.


susah nak percaya yg orang yg bertanggungjawab ke atas kematian Yoona ni seorang budak sekolah. Yoo Shi Wan ni luaran nampak macam budak baik tapi hakikatnya psycho, susah nak percaya macam mana budak sekolah boleh pikir sampai tahap nak bunuh orang.

Yoo Shiwan terlepas dari hukuman kerana tidak mempunyai bukti yg kukuh dan sebab utama juga dia terlepas pasal dia anak Chief Prosecutor, Yoo Seung Ro. Target utama group ni ialah Yoo Seung-ro. like father like son.


dalam drama ni, tak ada kisah cinta antara watak utama sebab fokus utama drama ni lebih kepada misi mereka untuk membalas dendam ke atas Yoon Seung Ro tapi korang boleh tengok part romantik antara Kyungsoo dan Bomi.

memang best layan drama ni tapi aku tak berapa suka ending drama ni. aku rasa ending dia macam rushing sangat. hmmm.



aku suka ost dalam drama Lookout terutama lagu dari Damiano, rasa cool giler part Sooji fight then dengar backgroung music gini..

You Might Also Like

3 comments

  1. Dah tengok sampai episodes berapa tak ingat then dropped the drama sebab tak ingat juga. Hahaha. But one of these days, I will pick up this drama again. I read ramai juga yang tak berapa happy dengan ending dia.

    ReplyDelete
  2. suka dgn lee si young ... first time nampak dia dulu kat boys over flower ...
    wah, ada kim young kwang juga ...ok, nnt nak layan juga drama ni ...

    ReplyDelete

Top Commentators