Overprotected Kahoko

2:58 PM


Kahogo no Kahoko (Overprotected Kahoko) mengisahkan Kahoko Nemoto berumur 21 tahun pelajar universiti di tahun akhir dan dalam fasa mencari pekerjaan. Namun begitu, Kahoko belum pandai berdikari untuk membuat keputusan dan segala kepeluannya hidupnya diuruskan oleh ibunya, Izumi yg protective pendek cakap kalau ada masalah dia akan terus tanya pada ibunya.


next family Kahoko. Izumi (Ibu Kahoko) terlalu protective bila melibatkan Kahoko, pendek cakap kalau hal berkaitan Kahoko dia yg akan yg akan buat keputusan dan Kahoko cuma perlu patuh dan ikut dan Izumi juga suka control everything dan tak suka dengar pendapat orang lain.

Masataka (ayah Kahoko) pula nampak ada yg tak kena dalam family dia. Masataka tidak senang dengan cara isteri dia yg terlalu manjakan Kahoko dan Kahoko yg terlalu bergantung kepada ibunya tapi dia pilih untuk mendiamkan diri dan just ikut flow. kesian juga dengan ayah Kahoko sebab pendapat dia selalu tak dipedulikan dan walaupun tak suka dengan situasi di rumah dia hanya mampu tegur dalam hati sahaja.


Suatu hari, Kahoko bertemu dengan Hajime Mugino, pelajar art di uniersiti yg sama dengannya. kehidupan Hajime sangat berbeza dengan Kahoko. Hajime sangat straighforward dalam luahkan pendapatnya dan sedikit sebanyak Hajime banyak mempengaruhi Kahoko.


Kahoko mula berubah sejak berkawan dengan Hajime dan dah tentu ibunya tidak suka dengan perubahan ini dan melarang daripada berjumpa Hajime bila Kahoko mahu belajar berdikari so kat sini mula terjadi konflik antara Kahoko dan Izumi.


Kahogo no Kahoko sebuah family drama yg bukan sahaja fokus antara Kahoko dan ibu bapanya tetapi juga sebuah keluarga besar Kahoko yg pada awalnya nampak seperti sebuah keluarga gembira tetapi turut mempunyai masalah sendiri.

walaupun awal tu aku rasa macam annoying dengan watak Kahoko yg tak reti nak decide something untuk diri sendiri tapi boleh nampak perubahan pada Kahoko di setiap episode. bila terjadi masalah antara family dia, Kahoko cuba menyelesaikan dengan cara dia dan semakin matang dalam membuat keputusan.


dari first episode aku suka dengan watak Hajime, suka cara dia yg carefree dan straightforward untuk buka mata Kahoko untuk kenal dunia luar yg tak seindah macam yg parent Kahoko ni bagitahu. walaupun pada awal mereka jumpa, Kahoko macam naif sangat, Hajime tak pernah rude pada Kahoko sebaliknya dia selalu bagi nasihat dan cuba ubah cara Kahoko berfikir.


Kahogo no Kahoko memang best dan ada mesej sendiri yg nak disampaikan melalui drama ni. chemistry antara Kahoko dan Hajime sangat comel, seriusly suka sangat dengan lead actors dalam drama ni dan lakonan mereka memang best dan superb.

You Might Also Like

0 comments

Bloglist

Top Commentators