Kluen Cheewit

2:46 AM



banyak drama bersiri thailand pada tahun 2017 yg remake dari old lakorn yg pernah popular termasuk drama Kluen Cheewit (Life's Waves). Pelakon utama drama ni ialah Prin Suparat (Mark) dan Urrasaya Sperbund (Yaya), sebelum ni aku tak pernah tengok drama mereka walaupun tahu mereka ni memang popular di Thailand. Yaya dalam drama ni bukan je cantik tapi dia memang pandai berlakon dan gandingan mereka berdua dalam drama ni memang best.


Gee (Yaya) seorang pelakon popular dan terdapat juga pelakon lain yg cemburu dengan kejayaannya dan cuba menyebarkan gosip buruk mengenainya. Suatu hari, selepas menghadiri satu event, Gee diculik dan mereke memasukkan dadah ke badannya tetapi Gee berjaya melarikan diri dengan memandu kereta dalam keadaan separuh sedar. malang terjadi bila dia terlanggar seorang wanita tanpa sengaja. Manager Gee cuba cover kes ini untuk menjaga reputasi Gee sebagai seorang pelakon. wanita yg dilanggar Gee ialah tunang Sathit (Mark) dan Sathit mahu membalas dendam atas kematian tunangnya.


Chaiyan dan Piak adalah pasangan suami isteri dan rumahtangga mereka selalu berantakan kerana perangai cemburu buta Piak terhadap suaminya. Chaiyan seorang pengarah drama dan juga kawan rapat Gee semenjak di kolej. bagi Piak pula, dia berpendapat lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan baik dan selalu menuduh Chaiyan mempunyai hubungan dengan Gee.


Dao pula bff Gee dan dia memang baik sangat dan selalu tolong Gee. Dao juga suka pada Jett sejak pertama kali mereka jumpa tapi masalahnya Jett ni minat kat Gee pula. walau apapun mereka selalu jaga dan tolong Gee dari pelbagai masalah.


dari review yg aku baca drama ni sangat popular tapi lakorn yg bertemakan revenge bukan favourite aku sebab jalan cerita dia sangat cliche dan serabut. lakonan Yaya dalam drama ni memang superb dan berjaya buat aku habiskan cite ni tapi watak sathit pula agak annoying la juga tapi once dia dah tahu perkara sebenar baru la aku start ok sikit tengok dia. honestly not really recommend sangat drama ni better cari lakorn lain..hahaaha ✌

You Might Also Like

4 comments

Bloglist

Top Commentators