Secret Forest

12:37 AM


Secret Forest (Stranger) drama korea terbitan TVN yg ditayangkan 10 Jun 2017 hingga 30 Julai 2017. Antara pelakon dalam drama ini ialah Cho Seung Woo, Bae Doo Na, Lee Joon Hyuk, Shin Hye Sun dan ramai lagi.
.

Drama ni dimulakan dengan flashback zaman kanak-kanak Hwang Shi Mok (Cho Seung Woo) yg mempunyai tekanan perasaan dan kemudian dia telah menjalani brain surgery yg menyebabkan dia lack emotion. 20 tahun kemudian, Hwang Shi Mok bekerja sebagai prosecutor dan dalam diam cuba menyiasat kes rasuah yg berlaku di kalangan prosecutors.  Suatu hari, dia terjumpa mayat yg mana mangsa tersebut merupakan sponsor untuk kes rasuah yg disiasatnya. Hwang Shi Mok menyiasat kes tersebut dan dia dibantu oleh detektif yg bertugas di bahagian jenayah, Han Yeo Jin (Bae Doo Na).


drama ni mendapat review yg positif dari peminat kdrama dan juga antara drama yg mendapat rating yg tinggi di TVN. ada juga yg bandingkan drama ni dengan drama Signal dan Tunnel, so tu antara point yg buat aku macam try la tengok drama ni sebab aku memang susah nak tengok dan tak berminat sangat drama yg terlalu fokus pada corruption, law, prosecutor.


main issues dalam Secret Forest mengenai corruption dan kes pembunuhan tu starting point untuk mereka siasat mengenai masalah ni. dari segi plot drama ni memang menarik tapi storyline dia sangat slow, penat sangat nak habiskan drama ni dan bagi aku cite ni start best tiga episode yg last tu, plot twist bila tahu pasal pembunuh sebenar dan terbongkar fakta sebalik pembunuhan dan juga corruption yg berlaku dalam drama ni.


ni first time aku tengok lakonan Cho Seung Woo dan Bae Doo Na, mereka dua ni lebih banyak berlakon filem dan jarang dapat tengok berlakon drama. aku suka watak dan lakonan mereka dalam drama ni dan itu antara sebab juga aku berjaya habiskan drama ni.


Secret Forest bukan drama favourite aku memandangkan aku tak minat dengan main issues dalam drama ni tapi once start tengok aku rasa macam tak boleh nak skip kena tengok sampai habis sebab curious siapa pembunuh tu dan apa motif sebenar dan drama ni nak tunjuk kau tak boleh nak trust anybody sebab sesiapa pun boleh jadi dalang.

You Might Also Like

1 comments

  1. betul, bila dah start tgk cerita ni, mmg x boleh berhenti hahaha..

    ReplyDelete

Top Commentators