Chani Phi Lak

1:33 AM


kali ini aku nak review sebuah drama komedi seram dari Thailand, Chani Phi Lak / Chanee Pee Plak. Chani Phi Lak ada 24 episode dan panjang setiap lebih kurang 30 minit sahaja. drama ni agak unik kalau nak compare dengan lakorn yg biasa aku tengok dan kalau korang peminat cite seram dari Thailand maybe boleh try tengok drama ni. 


Ja (Peak) bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat yg besar. tuah di sisinya bila dia berjaya mendapat keuntungan yg besar dan namanya disebut sebagai calon utama untuk mendapat title Big Bang dan tiba-tiba muncul seorang persaingnya, Cho (Beam). Ja tidak sebulu dengan Cho dan menganggap Cho sebagai musuh utamanya. 

Bukan sahaja terpaksa mengadap Cho di tempat kerjanya malah Cho juga telah menyewa bilik di rumahnya. sejak Cho tinggal di situ pelbagai perkara aneh dan misteri yg telah berlaku kepada Ja. siapa Cho ni sebenarnya?


sebenarnya Cho ni pun tak sedar ada hantu yg follow dia sekian lama, bila ada perempuan yg dekat atau suka pada Cho memang kena bunuh dengan hantu. seriusly hantu bunuh orang??? yeah memang tu yg jadi dalam drama ni. nasiblah kau hantu wei kalau tidak terpaksa la mereput dalam penjara. so nak tahu kenapa hantu ni psiko sangat kena la tengok drama ni.

paling kesian dekat Ja ni sebab hantu tu selalu kacau dan masuk dalam badan dia. dia pun selalu confius sama ada dia mimpi ke apa dan orang lain pula cakap dia sleep walking. serba salah jadi Ja nak cerita masalah dia takut orang gelak pula tapi last sekali kawan dia percaya juga dan baru la mereka cari tok bomoh untuk halau hantu ni.


bila start tengok drama ni aku boleh cakap alah tak ada la seram sangat sebab awal-awal tu banyak scene yg kelakar dan juga scene Ja dan Cho yg asyik bergaduh dan bersaing sesama sendiri. makin lama seriusly dia dah jadi tak berapa kelakar, dah rasa seram pula plus aku tengok drama ni tengah malam lagi la rasa seram.

babak romantik antara Cho dan Ja memang kurang sebab drama ni lebih fokus pada part seram tu. jujur cakap aku lagi suka kalau lebih banyak scene antara mereka dua daripada part hantu yg psiko ni. apapun drama ni memang best dan unik dan aku suka ending dia.

You Might Also Like

2 comments

  1. Menarik jugak hahaha, nanti nak tngok lah :)

    ReplyDelete
  2. Adoi.. nak menonton tu yang seram.. hahaha..

    ReplyDelete

Bloglist

Top Commentators