Tauke Jamu

8:24 PM

 

Drama : Tauke Jamu
Slot : Iris TV3
Masa : Isnin-Khamis | 6.30 Petang
Pelakon : Saharul Ridwan, Reen Rahim, Faye Kusairi, Rosnah Johari, Zizan Nin

SIPNOSIS

Cinta Dazril dan Gia terhalang kerana ibu Gia, Dr Suraya fikir Dazril tidak layak untuk anaknya kerana pekerjaan lelaki itu hanyalah menjual jamu. Dazril rasa tercabar dengan kata-kata Dr Suraya dan menjadikan tohmahan itu satu motivasi untuk dia bekerja lebih keras. Dazril mahu membuktikan kepada Dr Suraya bahawa dia layak untuk memiliki hati Gia.

Apabila mendapat tahu jawapan Dr Suraya, Dazril rasa sungguh sedih dan mengadu pada opah. Dazril kehairanan apabila opah hanya tersenyum. Rupa-rupanya opah mahu berkahwin lagi. Dazril terkejut apabila Opah memberitahu bahawa bakal atuknya itu masih muda, dan hanya berumur awal 40-an dan Opah kelihatan amat gembira. Ketika Dazril berada di kedai kopi, dia terdengar beberapa orang yang sedang mengumpat tentang Opah. Dazril tidak puas hati dengan kata-kata mereka itu.

Opah akhirnya berkahwin dengan Akram di sebuah majlis yang kecil sahaja. Jurugambar pengantin bernama Iman Mutiara telah banyak membantu Dazril untuk menjayakan majlis pengahwinan ini.Dazril yang gembira melihat Opah bahagia terlupa tentang kehadiran Gia di majlis tersebut. Gia pula cemburu melihat kemesraan antara Dazril dan Iman.

You Might Also Like

0 comments

Bloglist

Top Commentators