Dolunay | Fullmoon

11:31 PM


Dolunay dan Atesbocegi dua buah drama Turki yg aku try tengok sekarang ni. memang tak tahu nak tengok drama apa sekarang so aku layan je drama turki ni. actually banyak je drama turki yg best kalau korang jenis minat layan drama yg romantic tapi aku pula tengok bila aku rasa nak layan. muka heroin ni memang macam familiar sangat then baru ingat dia yg berlakon dalam Cherry Season dan aku memang suka sangat dia berlakon dalam Cherry Season tu.

Dolunay drama yg masih baru ditayangkan di Turki dan aku pun tak tahu berapa episode kesemuanya sebab banyak info drama ni dalam bahasa Turki so memang tak dapat nak pahamlah. 


RECAP EPISODE 1


Nazli pelajar kulinari dan mencari kerja sambilan untuk menampung kehidupan dia dan adiknya dan mereka menyewa rumah bersama kawan baiknya. Nazli mendapat kerja sebagai personal chef untuk seorang jutawan bernama Ferit. sepanjang bekerja di situ Nazli tidak pernah bertemu dengan majikannya dan segala arahan daripada majikannya disampaikan oleh pembantu lelaki itu. pelbagai arahan yg cerewet yg diterimanya dan Nazli menyangka Ferit ialah lelaki tua yg cerewet.

Ferit ialah jutawan muda yg terkenal, dia sangat cerewet dan sering menukar orang gajinya kerana tidak puas hati dengan mutu kerja mereka. pertama kali merasa masakan Nazli, Ferit amat suka dengan masakan tersebut dan menyangka Nazli seorang yg sudah berusia. Suatu hari mereka bertemu dan masing-masing sangat terkejut dan Ferit juga dapat mengecam Nazli kerana mereka pernah berjumpa sebelum itu.

Semasa bekerja di situ, anak buah Ferit, Bulut gemar datang ke rumah Ferit untuk bermain dengan Nazli dan hubungan Nazli dan Bulut semakin rapat dan Ferit merasakan itu satu masalah kepadanya jika dia tidak berpuas hati dengan hasil kerja Nazli di kemudian hari.

Ferit kerap bertemu dengan Nazli di setiap parti yg dihadirinya dan cerita yg disampaikan oleh kawan baiknya yg pernah terjumpa Nazli di Bar yg menjadi tempat lepak gadis muda yg mahu mencari lelaki kaya membuatkan Ferit salah faham kepada Nazli

RECAP EPISODE 2


Ferit salah faham dan menuduh Nazli mata duitan dan mahu memikatnya. Nazli terkejut dan marah dengan tuduhan Ferit itu dan dia bertindak behenti kerja dan segera keluar dari rumah Ferit.

Suatu hari, keluarga Bulut terlibat dalam kemalangan. kedua ibu bapanya meninggal di tempat kejadian dan Bulut terselamat namun tidak dapat berjalan. Bulut memberontak tidak mahu makan dan mengamuk bila dipaksa untuk makan ubat. Ferit yg menjaga Bulut tidak tahu bagaimana mahu memujuk anak buahnya itu.

Nazli datang melawat Bulut di hospital. Apabila melihat Nazli, Bulut menangis dan mula mengadu pada Nazli dan Nazli segera memujuk Bulut untuk makan. Ferit merasa lega melihat perubahan Bulut. Selepas keluar dari hospital, Bulut tinggal bersama Ferit dan mengupah penjaga untuk menjaga Bulut. Namun kesemua penjaga tidak tahan untuk melayan perangai Bulut yg suka memberontak dan Ferit mula terpikir untuk mengambil Nazli bekerja denganya semula untuk menjaga Bulut.




bagi aku, drama Dolunay memang memang menarik dan aku suka sangat tengok Ferit dan Nazli. mereka ni memang tak ngam langsung tambah pula bila Ferit tuduh Nazli ni mata duitan tapi sebab Bulut perlukan perhatian masing-masing terpaksa beralah. agak excited la nak tahu apa jadi dengan mereka dua ni.

You Might Also Like

4 comments

  1. Replies
    1. cari kat fb page. search 'AKTVNovelas200'..

      Delete
  2. eh eh macam menarik je... dahla sejenis yg giler drama..ommmoo bertambah list drama kalau macam ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..try la layan drama turki pula :)

      Delete

Bloglist

Top Commentators