Novel Pink Smile

11:18 PM



Novel : Pink Smile
Penulis : Luna Adresia
Muka Surat : 608
Penerbit : Penulisan2u
Terbitan : September 2016

SIPNOSIS

“Kenapa selalu pengsan?”
“Saya ada masalah.”
“Masalah?”
“Setiap kali… Tengok awak.”

Luna - Si pencinta tegar tapi hanya mampu tengok dari jauh aje setiap kali dia ke Duncan CoffeeHouse. Kaz merupakan aura beku yang mampu mencairkannya dalam lima saat. Tiap kali berada dekat dengan Kaz, Luna kena panick attack. Pengsan tak sedar dunia apabila ‘dunia’ impiannya berada dekat dengannya. 

“Eh, nak ke mana tu?”-Luna
“Nak lari jauh dari awak.”-Kaz
“Apa salah saya?”-Luna

“Salah awak sebab nak berkawan dengan saya. Saya tak perlukan kawan perempuan macam awak.”-Kaz

Kaz - Kehadiran Luna menjadi pencetus ilham untuk menu terbaru Duncan CoffeeHouse. Luna, perempuan comel dengan braces merah jambu! Tanpa sedar si pencetus ilham turut mencetus fenomena luar biasa dalam hati. Tapi mengapa Luna pula cuba main tarik tali? 

“Amacam Pink Smile?”
“Entah. Dah masuk tiga hari tak tengok kat Duncan. Apa pasal?”
“Aku cakap pasal menu Pink Smile kau! Bukan pasal perempuan tu... Hehe... Apa cerita ni?”

REVIEW

tertarik nak beli novel ni sebab cover dan tajuk dia, Pink Smile. rasanya tak rugi pun beli novel sebab aku suka jalan cerita simple dan comel dan juga tertarik dengan gaya bahasa penulis novel yg berasal dari Sarawak ni. novel yg ringan dan tak ada konflik yg berat untuk rasa emo terlebih..haha

kisah pasal Luna yg memang minat dari jauh pemilik Duncan Coffee House. minat punya pasal sampai jadi pelanggan setia kedai kaz tapi masalahnya kalau Kaz bagi respond mulalah nak pengsan bagai..hahaha ok suka sgt watak Luna ni, comel.

Kaz pula hati beku sikit, kalau ada perempuan nak dekat or bagi hint suka kat dia mulalah dia rasa rimas macam nak lari jauh-jauh sahaja. tapi dengan Luna dari rimas mula jadi selesa. bila Luna hilang mulalah tercari-cari.

quote yg aku suka dalam novel ni

1. Pink Kite - I think I like you.
2. Trucker, ripped jean & blank shirt - I think 
I'm attract to you.
3. Quotes all over the ceramic plate/mug - I 
think I admire you.
4. Mini milo doughnut - I think I adore 
you.
5. Cold smile - I'm melting.
6. Warm smile - I'm flying.
6. The look in your eyes - Dude, I'm falling.
- LUNA -

Ever wonder how Pink Smile got it's name? 
I saw a girl in pink smile, it's her pink braces to
be precise.
I love Pink Smile.
- KAZ -

You Might Also Like

12 comments

  1. Macam comel je novel nih. Tajuk pun dah comel "Pink smile" :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok tajuk pun dah tersenyum sendiri..hihi

      Delete
  2. Comel sgt2 cover buku tu. Bila baca quote tu pun rasa comel je. 😊

    ReplyDelete
  3. macam best plak novel ni. pernah baca novel Lynn Dayana? semua novel dia best2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dengar nama author tu tapi rasanya tak pernah baca novel dia.

      Delete
    2. baiklah nanti kalau jumpa akak try baca ye 😊

      Delete
  4. Tgk cover aje pown dah rasa nak beli.. Comel gile..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. saya tengok cover dia terus beli..hahaha

      Delete
  5. Alamak.. sweetnya.. Tajuk dia memang mampu menarik.. Ni kena cari..

    ReplyDelete

Top Commentators