Novel | Kahwin Dengan Saya

3:18 PM



Novel : Kahwin Dengan Saya
Penulis : Aleya Aneesa
Muka Surat : 672
Penerbit : Alaf21 Sdn Bhd
Terbitan : Mac 2014


SIPNOSIS

Ringkas dan mudah! Itu jati diri Umair Haq. Tapi bila masuk bab pilih calon isteri, dia cerewet. Calon umi, dia tak mahu. Yang suka menghimpit, dia tak ingin. Skema, dia tak sudi. Kalau bersolek macam pelakon Opera Cina, dia alergi. Pakai baju ketat dan singkat, sah-sah dia tolak.

Haq mencari isteri dan ibu buat Irham Firdaus. Bukannya sarung nangka, jauh sekali model pakaian berjenama. Apatah lagi si seksi yang membuatkan lelaki hidung belang melopong mulut. 

Namun pertama kali bertemu Qara Nisa, ada lagu cinta merdu di hatinya. Dimandikan air tembikai pun dia tetap senyum. Lebih parah, yang disentuh Qara itu Irham, yang terasa seperti terkena litar pintas, dia.

Sedangkan bagi Qara, cinta itu hilang magis bila dirinya ditolak kerana harta. Lantas, lamaran Haq yang datang tak kena masa, ditolak selamba. Haq itu tipikal lelaki menjengkelkan dalam tenang.


REVIEW

Bila tengok nama yg besar gedabak kat cover buku dah tahu ini penulis otai so dari gaya bahasa penulis memang no komen la plus ini penulis favourite aku. kebanyakan novel Aleya Aneesa banyak difokuskan kepada isu kekeluargaan dan juga persahabatan.

suka dengan watak Haq yg tenang yg selalu protect Qara bila Qara dalam problem. dan watak Qara yg penyayang dan lemah lembut dan sayang dengan Irham lebih dari segalanya walaupun Irham bukan anak kandung dia.

ada juga perangai manusia yg menjengkelkan dalam novel ni melayan Qara tak adil hanya disebabkan status dia yg anak yatim. apalah punya manusia yg terlalu penting darjat dan harta. kisah cinta antara Haq dan Qara memang comel sangat tak terlalu banyak konflik antara mereka berdua melainkan gangguan dari orang luar yg tak senang tengok mereka bahagia. 

You Might Also Like

4 comments

  1. Novel yang ringan ye tiara.. menarik nie untuk santai-santai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak terlalu berat sgt novel ni kak sha dan tak terlalu banyak sgt konflik yg menyakitkan hati. memang best untuk layan waktu santai..hehe

      Delete
  2. Assalamualaikum. Tahniah kerana anda terpilih sebagai salah seorang pemenang Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals!
    Untuk keterangan lanjut dan cara untuk menuntut hadiah anda, sila klik pautan di bawah ini. Terima kasih dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1438H. Maaf Zahir dan Batin.

    http://www.zukidin.com/2017/06/keputusan-duit-raya-giveaway-by-abam.html

    ReplyDelete
  3. menarik, tajuk pun mcm best

    jemput join ga sha https://shafyqahazahar.blogspot.my/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html

    ReplyDelete

Bloglist

Top Commentators