Novel Dr. Alpha Male

10:01 PM


Novel : Dr Alpha Male
Penulis : Anjell
Muka Surat : 691
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : Jun 2017

SIPNOSIS

Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai.

“Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium.” – HILMAN UKASYAH 

Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung.

“Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut.” – HILMAN UKASYAH

Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya.

“Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?” – TRISTIN HAZEL

Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya… Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya.

Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat.

Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan… Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya…

“I’ll do my best to protect you. Anything. I’ll even be taking a bullet for you.” – HILMAN UKASYAH

Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?

REVIEW

Kisah cinta antara pensyarah dan pelajar, Hilman dan Hazel. mula-mula benci pastu tersuka. novel Anjell kali ini berlatarkan tentang kehidupan Hazel sebagai seorang pelajar universiti. banyak juga mention pasal alpha male macam tajuk depan tu, ok memang sebelum ni aku xpernah nak amik tahu apa tu alpha male kalau curious tu silalah baca..haha.

dalam novel ada babak romantik, babak saspen sikit dan kalau part gaduh memang salute dengan ayat penulis ni sebab banyak petik bahasa kimia yg ntah apa-apa yg nampak kreativiti penulis di situ. ada juga babak klise yg macam terjumpa dalam drama korea lika oh drama sangat wei dan kadang macam boleh diteka apa yg bakal terjadi.

tapi satu yg aku perasaan bila baca novel Anjell. mood membaca aku selalu menurun kat pertengahan novel dia, ada bahagian yg meleret-leret terus hilang fokus nak baca daripada laju habiskan half novel dalam masa sehari terus jadi berhari-hari.nak habiskan sebahagian lagi. overall nak cakap novel ni okla masih enjoy untuk dilayan sebab aku terhibur dengan bahasa dia.

oh ye dalam novel ni juga Anjell ada selitkan pasangan cameo dalam novel Dr Alpha Male iaitu Tengku Ian dan Medina (Hero Seorang Cinderella) dan watak baru iaitu Dheo dan Nurissa, i guess maybe Dheo dan Nurissa ini watak untuk next novel Anjell sebab ternampak title Dheo tu kat blog Anjell.. maybe.

mood bulan ni memang nak membaca novel je..hihi

You Might Also Like

8 comments

  1. Ala.. meleret tu yang payah nanti nak habis.. hehehe.. Kalau baca novel BI selalu jumpa Alpha Make tu tapi untuk citer-citer fantasy yang ada werewolves air.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila meleret tu yg terasa mcm lmbat sgt nak habiskan..hihi
      novel bi jarang baca kalau cite fantasy macam twilight tu bkn genre saya la kak, tu yg tak familiar pasal alpha male tu apa..hihi

      Delete
  2. Huhuhu.. seb bek tak berapa nak menarik... so, tak yah beli.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tgu pinjam org takpon try la baca novel ni kat blog Anjell..hihi

      Delete
  3. Kalau lah mama masa muda dulu meati baca novel Gini. Sekarang x berapa Ada masa

    ReplyDelete
  4. mungkin boleh masuk dlm list novel Umi jugak ni kot..

    ReplyDelete
  5. Macam kureng je jalan ceritanya. Ntahle kalo baca nanti mungkin faham le kot jalan ceritanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi kte citer dia ok je cuma ada bahagian belakang2 yg kte kurang suka..hihi

      Delete

Top Commentators