Fight For My Way

9:37 PM


Fight for My Way sebuah drama romantik komedi, kisah tentang empat orang sahabat dalam mengejar cita-cita mereka dan lebih fokus tentang persahabatan dan kesusahan yg mereka kena tempuh.


Di zaman sekolah, Ko Dong Man adalah atlet taekwondo dan berjaya memenangi banyak pertandingan. selepas 10 tahun, dia bekerja sebagai pekerja kontrak di sebuah syarikat dan tidak mahu melakukan martial art lagi kerana satu peristiwa. Choi Aera pula bercita-cita mahu menjadi seorang announcer dan kini dia bekerja di sebuah shopping mall di bahagian information desk. Dong Man dan Aera telah berkawan selama 20 tahun.


Aera dan Dongman dah ada perasaan each other tapi mereka lebih selesa berada dalam friendzone sendiri walaupun tanpa sedar mereka dah cross line tu. yg pasti aku suka sangat main couple ni. suka tengok progress relationship mereka dalam setiap episode.


Kim Joo Man dan Baek Seolhee adalah kawan baik kepada Dong Man dan Aera dan mereka menjadi kekasih selama 6 tahun. Joo Man dan Seolhee bekerja di bawah satu syarikat yg sama tetapi menyembunyikan hubungan mereka daripada rakan sekerja yg lain. konflik mula terjadi dalam hubungan mereka apabila Ye-jin rakan sekerja mereka jatuh hati kepada Joo Man.


ini merupakan drama favourite aku sekarang, sangat best dan kelakar. yg pasti drama ni lebih real tentang hidup, bukan kisah pasal chaebol yg kita hadap hari-hari, nak dapat something bukan perlu berangan jadi macam cinderella tapi usaha tu yg penting untuk capai impian kita. pendek kata drama banyak yg kita boleh relate dengan kehidupan kita seharian. setiap episode dalam drama ni mesti ada plot twist yg exciting dan menarik setiap minggu so i think tak rugi rasanya untuk tengok drama ni.

You Might Also Like

3 comments

Top Commentators