Suspicious Partner

3:15 PM



Noh Ji-Wook seorang Prosecutor dan Eun Bong-hee pelajar undang-undang yg menjalani praktikal di bawah Ji Wook. disebabkan mereka berdua pernah bertemu sebelum ini dan terdapat salah faham, hubungan mereka jadi tidak begitu baik dan kerana itu juga Ji Wook selalu membuli Bonghee di tempat kerja.

Bonghee baru sahaja putus dengan teman lelakinya dan sering mengugut untuk membunuh lelaki itu. Suatu malam, bekas teman lelakinya telah mati dibunuh di rumahnya dan Bonghee dituduh sebagai pembunuh.

Ji Chang Wook
Noh Ji Wook

Nam Ji Hyun
Eun Bong Hee

Ji Wook yg terpaksa mengambil kes tersebut sebagai Prosecutor berada dalam dilema kerana dia percaya Bonghee bukan pembunuh tapi disebabkan bekas teman lelaki Bonghee anak orang berpengaruh, dia diberi pilihan sama ada menyumbat Bonghee ke dalam penjara atau mengorbankan kerjayanya.

Walaupun terdapat pihak yg cuba memanipulasi kes tersebut, Jiwook tidak dapat menyembunyikan fakta sebenar yg Bonghee tidak bersalah. Jiwook mengugurkan dakwaan ke atas Bonghee dan terpaksa mengorbankan kerjayanya sebagai prosecutor.


Sebenarnya aku baca sipnosis dia kat wiki tak berapa nak paham, dia tulis pembunuh tu amnesia, aku tengok normal je..hahaha tak tahulah mungkin tak terungkap lagi misteri pasal pembunuh dia.


nak cakap drama ni berat sangat takde la, ada happy, ada sedih, ada triller macam drama Strong Woman Do Bong Soon bukan terlalu fokus pasal pembunuh sangat. suka tengok part Ji Wook dan Bonghee, comel je selalu tak sebulu tapi tang part pembunuh tu ntah la macam malas nak tengok.


drama ni baru tayang 8 episode so aku pun tak tahu nak cakap best ke tidak so far aku rasa best bila tengok Ji Wook dan Bonghee comel je diorang dua dan comel je tengok Ji Wook. bila tengok Suspicious Partner feel dia macam aku tengok drama Strong Woman Do Bong Soon. suka tengok main couple tapi kat part misteri tu tak berapa suka sangat maybe aku dah penat tengok kdrama yg tak habis pasal pembunuhan.

You Might Also Like

2 comments

Top Commentators