Jao Sao Rim Tang

10:45 PM


Jao Sao Rim Tang
เจ้าสาวริมทาง
Roadside Bride

Akrin anak orang kaya dan juga playboy terkenal, dia tidak suka mempunyai komitmen dalam hubungan tapi terpaksa mencari isteri dan berkhawin jika mahu memwarisi syarikat milik keluarganya. Walaupun mempunyai ramai teman wanita tapi Akrin masih runsing untuk mencari calon yg sesuai sebagai isterinya.

Suatu hari, Akrin terjumpa Rasa, gadis yg langsung tidak berminat dirinya seperti wanita lain dan Akrin membuat tawaran kepada Rasa untuk menjadi isterinya dan dia juga akan memberi 2 million jika Rasa bersetuju dengan tawaran tersebut.

Rasa menolak tawaran tersebut berulang kali namun kerana keadaan ibu tirinya yg tengah sakit dan memerlukan pembedahan segera, Rasa bersetuju untuk menjadi isteri Akrin.


firstly apa yg suka pasal drama ni ialah hero dia, Stephan Santi memang hensem sangat, aku rasa aku gagah juga tengok drama ni sampai habis sebab hero dia..hahaha. watak dia dalam ni memang sesuai sangat dengan dia dan heroin pula memang cantik dan comel so memang padan sangat la mereka dua ni.

yg tak suka pula memang banyak sangat la. kalau baca sipnosis macam best juga tapi citer macam tuttt tuttt. tak tahan yg scene gaduh-gaduh tu, perempuan-perempuan dalam drama ni bergaduh perghhhh dahsyat giler kalah laki wei. aku tak tahu berapa banyak scene tampar dan bergaduh dalam drama ni, setiap episod setiap masa ada je yg kena penampar. kalau drama melayu macam tu mau ada yg kena saman.

satu hal yg aku menyampah sangat dengan watak heroin, asyik kena buli dengan mak tiri dia, asyik nangis je kejanya dan satu lagi asyik jadi mangsa lelaki gatal. yg geram tu tak reti nak defense diri sendiri macam rela je orang buat jahat kat dia. ntah tak paham la aku


so kesimpulannya, nak layan drama ni bolehlah, dapat tengok hero hensem tapi kalau takde mood better jangan tengok bikin stress je lebih..haha

You Might Also Like

4 comments

  1. hahha..klu camtu tamau tengok awal2 lerr.. sebab dah bulih imagine sangat lah klu thailand drama caner...cer tengok thai drama When A Man Loves A Woman..ok laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..biasalah drama thai, kalau perempuan dia gaduh bingit telinga tapi part hero & heroin memang suka sangat, sweet..hihi

      Delete

Top Commentators