Green Forest My Home

9:38 PM


Sipnosis:

The series is set in the fictional Royal Spencer Academy of Music. Sophie is a wealthy girl. Luoshan is the daughter of Sophie's parents' chauffeur. When Luoshan's father dies in an accident while driving drunk, she is adopted by Sophie's family and takes the name Susan instead of Luoshan. Thereon, Susan plans to take whatever Sophie has.


Drama taiwan ini dah lama sebenarnya, aku rasa tengok zaman sekolah dulu masa tu memang tengah giler dengan drama taiwan kat tv. kebetulan terjumpa drama ni di youtube saja cuti-cuti pulun tengok drama ni. aku tak ingat sangat jalan citer dia tapi boleh ingat drama Green Forest My Home ni sebab hero dia.

Kisah mengenai Sophie yg pulang dari luar negara untuk mengajar di sebuah sekolah muzik terpencil di Green Forest. Sophie sangat sayangkan Green Forest kerana banyak kenangan sewaktu zaman kanak-kanaknya di situ. beza pula dengan Susan yg mengajar di sekolah muzik elit yg terkenal iaitu Spencer. Susan ialah anak angkat keluarga Sophie tapi bila tengok cara parent Sophie layan Susan ni geram pula sebab Susan ni mengada-gada sangat dan macam Sophie ni pula  anak tiri dan selalu kena mengalah dengan Susan.

Konflik terjadi bila William pulang ke Taiwan. sewaktu kecil William pernah jumpa Sophie tapi tak sempat tahu nama Sophie dan kerana satu kejadian berlaku William berjanji akan menjaga dan melindungi Sophie selama-lamanya. Dan bila William pulang ke Taiwan dia ingat Susan tu budak perempuan yg dia jumpa waktu kecil dan melamar Susan jadi teman wanitanya. kesian juga kat Sophie kecewa dan makan hati tapi terpaksa mengalah sebab pikir Susan tu kakak dia. Hubungan Willian dan Sophie juga tidak baik kerana Susan selalu jadi batu api antara mereka.

Dalam drama ni berlaku cinta tiga segi antara William, Sophie dan Owen. Owen ialah kawan baik Sophie sejak dari kecil. bila tahu Sophie ni sebenarnya suka pada William so dia mengalah je la tapi dia selalu protect Sophie. Owen juga tahu perangai sebenar Susan, geram Susan yg selalu buli Sophie, Owen dedahkan hal sebenar kepada William siapa sebenarnya budak perempuan yg dia jumpa waktu kecil dulu. So jadi konflik dan banyak halangan la juga buat William tambah-tambah lagi nak pujuk balik si Sophie ni.


apa yg aku suka mengenai drama ni ialah gadingan hero dan heroin, suka sangat. kalau dulu tengok drama taiwan kat tv mesti balik-balik hero yg sama je, bosan juga dan bila tayang muka orang lain excited la nak tengok. lagi satu aku suka second hero drama ni, baik giler tapi sori i lagi suka hero dia..hahahaha. watak Owen ni memang baik sangat tapi tipu la kalau dia tak jeles dan sakit hati bila tahu Sophie suka orang lain tapi itulah redha habis si Owen ni sanggup tengok dan protect orang yg dia sayang dari jauh je.


bila tengok balik drama taiwan ni, baru ingat balik kenapa aku suka sangat tengok drama taiwan dulu. banyak drama taiwan yg best dan aku minat tapi kadang tu susah nak follow kt tv sebab tayang tak kena masa, ingat dulu kekadang sanggup ponteng tuisyen petang di sekolah dan bagi alasan apatah kat cikgu semata-mata nak balik rumah tengok drama taiwan pastu ada kawan siap pesan lagi esok jangan lupa cerita kat dorang. kenangan zaman sekolah..hahahaha

You Might Also Like

6 comments

  1. Menarik jalan ceritanya.. jarang tgk drama Taiwan.. sebab masa tayangan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah masa tayang kat tv selalu tak kena :(

      Delete
  2. dulu pun selalu layan drama taiwan ni. Tapi sekarang tengok tv pun dah jarang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..sekarang byk tgk online je la, malas juga nak tengok tv sbb banyak sgt iklan.

      Delete
  3. Ingatkan cerita Thailand sebab tengok muka pelakon lelaki tu macam muka pelakon Thailand. Rupanya Taiwan 😂

    ReplyDelete

Top Commentators