Strong Woman Do Bong Soon

9:31 PM


Drama Strong Woman Do Bong Soon mengisahkan tentang seorang wanita bernama Do Bong Soon yg mempunyai kekuatan luar biasa yg diwarisi daripada keluarganya. Suatu hari Bong Soon terlibat dengan pergaduhan antara gangster yg ingin membuli seorang pemandu bas. 

Ahn Min Hyuk yg kebetulan melalui kawasan itu ingin melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis namun terkejut apabila Bong Soon membelasah semua gangster. Minhyuk yg ingin mencari seorang bodyguard berasa kagum dengan kekuatan Bong Soon dan dia merasakan Bong Soon adalah calon yg sesuai untuk menjadi bodyguardnya.

Park Bo Young
Do Bong Soon

Park Hyunsik
Ahn Min Hyuk

Ahn MinHyuk adalah CEO sebuah syarikat video gaming, Ainsoft yg juga merupakan syarikat impian Bong Soon untuk bekerja kerana Bong Soon mempunyai impian untuk mencipta video game dan dia adalah watak utama dalam game itu. Pada mulanya Bong Soon menolak tawaran kerja sebagai Bodyguard tapi apabila mengetahui Minhyuk ialah CEO Ainsoft terus bersetuju tanpa berpikir panjang.


Bong Soon sebenarnya suka pada kawan sekolahnya Gook Doo yg bekerja sebagai polis. Walaupun dah lama berkawan dengan Bong Soon, Gook Doo tak pernah tahu pasal rahsia superpower Bongsoon dan dia selalu rasa jadi tanggungjawabnya untuk protect BongSoon. macam mana la GookDoo ni nak percaya kalau depan dia Bong Soon ni berlakon lemah lembut tapi sayang GookDoo tak pernah anggap Bong Soon lebih daripada kawan sebab dia pun ada girlfriend bernama Hyeji.


Selain itu, Bong Soon ada seorang adik kembar lelaki, Bong Gi. kalau nak dibandingkan mereka berdua Boongi lagi pandai dalam pelajaran sampai jadi doktor. macam kesian juga dengan Bong Soon sebab mak dia selalu lebihkan adik dia seriusly aku tak suka watak mak dia dan walaupun begitu Bong Soon dan Bong Gi memang rapat dah nama pun kembar kan.


drama ni memang best dan ada banyak scene kelakar yg buat aku tak larat nak gelak. best part kerja Bong Soon ni belasah orang walaupun bukan niat dia nak pukul diorang tu dan adik dia pula Bong Gi terpaksa rawat mereka dan nasib baiklah gangster yg kena belasah teruk tu tak tahu doktor yg rawat dorang tu adik dia siap kutuk Bongsoon lagi depan adik dia.

Walaupun drama ni nampak ringan dan santai tapi ada lah misteri kes sikit dalam drama ni iaitu ada satu kes penculikan bersiri yg berlaku dalam kawasan perumahan Bong Soon ni. biasalah dalam drama korea penjenayah lagi cerdik dari polis. walaupun dah ramai yg jadi mangsa culik tapi polis masih lagi tak jumpa suspek kes ni, macam slow juga la polis nak jumpa bukti.


Strong Woman Do Bong Soon adalah first drama Hyungsik jadi pelakon utama, bagi aku watak ni sesuai sangat dengan dia, suka cara dia bawa watak Ahn Minhyuk dan chemistry dia dengan Park BoYoung pun memang comel dan bromance dia dengan Jisoo ok silalah tengok dalam drama ni..hehe

You Might Also Like

10 comments

  1. x tengok citer ni, selalu tengok iklan dia ja. ada di channel 393?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde rasanya kalau di korea drama ni channel jtbc, kalau kat astro xtau sebab tak langgan korea pack yg ada pun c391 je..hihi

      Delete
    2. ohhh, sebab kat rumah ada c392 & c393. manatau ada main kat channel tu, boleh tngk ��

      Delete
    3. kena langgan korea pack boleh lah tengok

      Delete
  2. baru tengok sampai episod 4 drama ni hehe..sekarang ni tgh seronok layan drama Ms Perfect, You Are Too Much ngan Radiant Office, drama Saimdang pun layan gak tpi slow sikit citenyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak drama awak tengah tengok..hahaha kte memang tengok drama ni je sekarang belum decide nak tengok apa next drama. yg saimdang memang dah drop awal lg sebab malas nak layan saeguk drama..hihi

      Delete
  3. Dah tengok.. memang best suka sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best. suka hero & heroin dia..hehe

      Delete

Top Commentators