Novel Manuskrip Cinta

10:37 PM


Novel : Manuskrip Cinta
Penulis : Syamnuriezmil
Muka Surat : 664
Penerbit : Penulisan2u
Terbitan : Disember 2016

SIPNOSIS

Aku, Dian Aryani binti Aryan, berusia 30 tahun dan merupakan penulis sepenuh masa. Aku suka bereksperimen dengan manuskrip aku. Aku cuba untuk mencari kelainan dalam setiap manuskrip yang aku tulis.

Termasuklah manuskrip keempat ini. Tapi... Kak Adibah, editor aku tak suka pula. Dia kata, manuskrip aku yang terbaru tu rasa cinta antara watak protagonis tak sampai!

Gara-gara Kak Adibah suruh aku bercinta, aku terpaksa cari boyfriend tikus putih untuk aku eksperimenkan cinta dalam manuskrip aku. Terpaksalah aku suruh kawan baik aku, Gee carikan. Tak sangka, lelaki yang bermulut loji yang aku jumpa dulu, adalah kawan baik kekasih Gee, Effan yang merupakan tikus putih itu. Jodoh atau bodoh?

Dia, Dr. Izak Ashaal bin Dato Dr. Izam, berusia 36 tahun dan merupakan doktor pakar tulang, orthopedist. Masalah mula timbul setelah aku dapat tahu yang Izak ada agendanya tersendiri dengan Effan dan dia bukan seperti yang aku sangkakan. Kesilapan dia, membuatkan aku berpaling kepada watak asal yang aku ambil sebagai watak utama dalam manuskrip aku. Dia, Dr. Rian Akasyah bin Tan Sri Dr. Rasyid, berusia 36 tahun dan merupakan doktor pakar jantung, cardiologist. Dia telah dikecewakan oleh tunangnya sendiri dan aku menolongnya membersihkan namanya. Dia baik, dia sweet dan dia selalu ada bila aku memerlukan dia.

Daripada tak ada calon, sekarang calon sudah jadi dua. Namun hati tidak pernah ada simpang. Hati aku sudah ada pilihan, tetapi masih degil untuk main permainan hati yang akhirnya menjerat hati aku sendiri. Betul lah kata ibu, hati dan perasaan tak boleh dibuat eksperimen! Akhirnya... Manuskrip terjun gaung, hati jadi rentung!


REVIEW

ini novel kelima yg aku berjaya habiskan untuk tahun ini. beli bulan 1 tapi tak habis-habis baca juga, stress aku. so memang tekad nak habiskan untuk bulan ni dan berjaya. kenapa susah sangat nak habiskan? hmmm aku ada konflik dengan watak heroin dia.

Dian ni macam lalang sekejap suka kat Rian sekejap macam syok kat Izak. cara dia describe Rian macam perfect sangat sampai aku ingatkan Rian ni herolah dan cara describe Izak macam sangat annoying. Kalau dengan Rian bukan main tinggi menggunung memuji, kalau dengan Izak sebakul kau mengutuk. last-last orang yg dikutuk tu juga jadi pilihan hati.

macam mana Izak ada problem nak paham dengan heroin yg ada masalah chronic over thinker, aku pun ada masalah yg sama juga macam Izak. ada satu part tu si Dian ni marah Izak macam tak bersungguh nak kejar dia tapi bila si Izak bagi cincin kat mak dia, mengamuk pula si Dian ni dan time tu aku rasa nak penampar kat heroin ni like seriusly apa kau nak sebenarnya pompuan???!

kesimpulannya, aku memang ada problem dengan watak Dian..haha

Pendapat aku, novel yg ditulis Syamnuriezmil sebenarnya ada kelainan dan mesej sendiri. kisah penulis yg bertungkus lumus untuk menyiapkan karya mereka sampai ada yg masuk hospital la untuk kejar deadline so hargailah karya mereka jangan nak gigih sangat main copy paste.

You Might Also Like

9 comments

  1. Amboi taknak kalah, muda2 doktor pakar, siap anak dato anak tan sri kejar youuuu. Hahahaha.

    Ni la sebab mai berhenti membaca novel, cewah padahal pemalas,

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan citer tak nak kalah, semua calon dia doktor pakar plak tu. stress baca.

      kte pon dah lama stop baca novel mai, tahun ni baru start balik dengan novel..hihi

      Delete
  2. Watak dalam novel mane nk kalah 😂 Tapi betul jugak tiara ckp tu. Ape sebenarnya Dian nak? Konflik dalam dia ni 😒

    ReplyDelete
    Replies
    1. watak novel mana boleh kalah..hahahaha
      itulah apa yg dia nak pun tak tahu, dari awal sampai habis baca kite memang tak boleh ngam dengan watak dian ni 😒

      Delete
  3. hehe memang tak faham apa yang Dian tu nak 😄

    ReplyDelete
  4. Nak kena ketuk kepala rasanya Dian ni. Geram pula dengan dia 😠

    ReplyDelete
  5. Gaya penceritaan Syamnuriezmil ni punya kelainan yang ohsem.. NAnti boleh cari novel ini pula..

    ReplyDelete

Top Commentators