Novel Hero Seorang Cinderella

4:21 PM


Novel: Hero Seorang Cinderella
Penulis : Anjell
Muka Surat : 705
Penerbit : Karya Seni
Terbitan : April 2016

SIPNOSIS

Sekali pandang orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.

Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.

Macam mana Tengku Ian boleh menjadi hero seorang Cinderella? Al-kisahnya bermula pada suatu malam.

REVIEW

mood bulan ni memang nak update pasal novel. tahu pasal novel ni dalam blog Anjell sebab dulu selalu juga follow baca novel dia di situ. nampak tajuk novel baru dia 'Hero Seorang Cinderella' cinderella?? ahhh klise sangat tapi boleh pula terbeli. semua novel dia aku ada so bila ternampak kat kedai macam tak best pula tak ambil kan..hihi

kalau pernah baca karya Anjell mesti tahu tahap gula yg dia letak dalam setiap penulisannya, sweet tak habis tak terkecuali la juga kisah antara Tengku Ian dan Medina dan novel Hero Seorang Cinderella juga lebih fokus pada isu kekeluargaan.

Untuk novel ini juga banyak kekurangan yg terasa ada kalau nak dibandingkan dengan novel Anjell yg lain, permulaan cite macam biasa tak pernah mengecewakan tapi ada beberapa part tu terutama bahagian belakang-belakang yg aku rasa macam lost dan mood membaca pun agak menurun di situ. apa-apapun aku salute pada Anjell yg selalu create watak hero yg mampu buat pembaca dia cair.

You Might Also Like

9 comments

  1. Lama dah tak baca novel chenta.. Terjebak dgn novel seram lak skrg.. adehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..saya selalunya novel cinta je la kak, kalau genre susah sikit dan selalunya pinjam dari kawan yg recommend.

      Delete
  2. hihihi nanti tetiba jadi cerita dekat tv3 pulak kan adaptasi dari novel ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitulah drama melayu tak habis amik citer dari novel.

      Delete
  3. Bunyi tajuk tu mcm klise tp mgkin Anjell bwkkan satu cerita ni berbeza.

    InsyaAllah kalau ade novel ni boleh layan 👱🏻‍♀️

    ReplyDelete
  4. Lama x baca novel Anjell ni. Sebab sekarang ni banyak novel jalan cerita yang nak dekat sama, sy lebih berhati-hati dalam pembelian & pembacaan novel 📖

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..dulu kte stop baca novel sebab dah bosan dgn jalan cerita yg klise sgt.

      Delete
  5. Tajuk dia je dah mampu menarik.. hehehe..
    Tak baca lagi novel ini..

    ReplyDelete

Bloglist

Top Commentators