Tomorrow With You

10:52 PM


Yoo Sojoon seorang time traveler yg boleh mengembara ke masa hadapan melalui train. Pada suatu hari, dia ternampak dirinya mati kemalangan pada masa hadapan dan seorang wanita turut mati pada yg sama. Sojoon tertanya siapa wanita yg mati bersamanya dan dia merasakan wanita tersebut mungkin menjadi kunci untuk menyelamatkanya. So Joon membuat keputusan untuk mencari wanita tersebut.

Song Marin seorang pelakon kanak-kanak yg pernah popular dengan nama panggilan Bap Soon. Kini dia meneruskan hidupnya sebagai photographer dan masih paranoid bila dengar orang panggil dia Bap Soon.

Lee Je Hoon
Yoo So Joon

The future has spoken, I will be marrying this woman

Shin Min Ah
Song Ma Rin

I married a time traveler


banyak drama korea yg buat konsep time travel so nak try tengok apa kelainan dalam drama ni. main reason aku tengok drama ni sebab Lee Je Hoon, lepas drama Signal nak tengok lagi drama dia, padahal sebelum tu tengok dia berlakon dalam Fashion King tak minat sangat pun kat dia.


dalam drama Tomorrow With You Lee Je hoon pegang watak Sojoon seorang time traveler,  yg boleh travel ke masa depan menggunakan train, dia tahu banyak benda yg berlaku pada masa depan tapi prinsip dia tak boleh libatkan diri dalam hidup orang lain. first episode dia cakap kena selamat perempuan yg bernama Song Marin so macam pelik dan curious juga cakap tak nak kacau hidup orang tapi nak menyibuk juga dah kenapa then baru tahu dia ada motif sendiri kenapa dia kena selamatkan Song Marin.


Bagi Song Marin pula, mestilah pelik bila orang yg tak kenal tetiba muncul dalam hidup dia dan ganggu dia. lama-lama bila selalu terserempak dengan Sojoon, Marin ni macam perasan sikit dan ingat Sojoon betul syok kat dia. Sojoon pula terus buat muka bila perempuan ni dah salah faham kenapa dia selalu follow Marin.


So joon ni memang kaya, walaupun masih muda dia dah ada real estate company sendiri dan semua tu bukan dapat sebab family dia kaya tapi sebab dia boleh tahu mengenai future. Walaupun dia guna kelebihan yg dia ada untuk kepentingan sendiri tapi ada beberapa rules time travel yg dia kena ikut antaranya tak boleh bertembung dengan diri dia sendiri kalau tidak kemungkinan besar dia akan hilang atau mati.


kalau tengok trailer drama ni dah boleh agak apa yg akan terjadi antara So Joon dan Ma Rin tapi bila start tengok drama dan muncul seorang lagi time traveler terus nampak drama ni jadi menarik, walaupun dia nampak rapat dan baik dengan Sojoon dah macam sifu Sojoon la juga tapi pacik ni macam ada agenda tersembunyi so tak sabar nak tahu dan apa kaitan dia dengan mereka berdua.

You Might Also Like

3 comments

  1. mcm best jer esp bila ada time traveller ni...

    ReplyDelete
  2. tgk drama ni sebab ada Shin min Ah ngan Lee Je Hoon jer heehe

    ReplyDelete
  3. Alamak.. banyak pula drama Korea yg best2 tak sempat nak ikut.. bookmark dululah..

    ReplyDelete

Bloglist

Top Commentators