Suamiku Paling Sweet

2:32 PM


Drama : Suamiku Paling Sweet
Siaran : Slot Akasia TV3
Masa : Isnin-Khamis | 6.58 petang
Pelakon : Syafiq Kyle, Mawar Rashid, Nik Adam Mika, Fazren Rafi, Aedy Ashraf


Qisya Iriz, graduan universiti tapi dipaksa ibunya untuk menjadi pengasuh sementara Hafiey, cucu kepada kawan ibunya. Memikirkan kerja tersebut hanya sementara Qisya menyahut cabaran ibunya. Apabila Qisya yang keras kepala bertemu dengan Hafiey, memang akan berlakunya kekecohan.

Kedua ibu bapa Hafiey terbunuh dalam kemalangan jalan raya dan menganggap bapa saudaranya, Izz Haikal seperti ayah kandung. Manakala Izz pula terlalu manjakan Hafiey. Selepas bertemu dengan pengasuh Hafiey, hati Izz dan Qisya sering berdebar. Kedua-duanya masih tidak perasan akan perasaan tu hinggalah satu insiden mengubah nasib mereka. 

Qisya dipaksa untuk menjadi isteri kepada Izz Haikal. Qisya yang masih muda dan mempunyai banyak perancangan dimasa hadapan cukup marah dan tidak dapat menerima kenyataan yang beliau akan menjadi isteri Izz. Apatah lagi terpaksa menjadi 'ibu' kepada Hafiey. Dia pernah terfikir, mungkin juga Izz memerangkap dirinya. Adakah sangkaan Qisya bahawa perkahwinan ini ialah perangkap Izz itu adalah benar?

You Might Also Like

6 comments

  1. cerita ni best sangat! tambah tambah hafiey comelnyaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnnn actually dh baca novel ni tapi tak suka sgt heroin drama dia sebab ada hafiey layan je la..hihi

      Delete
  2. x layan drama, tapi dah baca novel. best juga la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samala dah baca novel so tak follow betul2 sgt drama dia..hihi

      Delete
  3. tak tengok pun drama ni..best ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh baca novel dia so drama xberapa follow sgt. kdg tengok pun sbb anak dia hafiey tu..hehe

      Delete

Bloglist

Top Commentators