Perang Otai Andam

4:09 PM


Drama : Perang Otai Andam
Siaran : Slot Iris TV3
Masa : Isnin-Khamis | 6.30 Petang
Pelakon : Sharifah Sakinah, Fahad Iman, A.R Badul, Qara Lyana


Pak Mus telah lama berkecimpung dalam bidang andaman dan juga mempunyai butik pengantin yg diuruskan bersama anaknya, Fatah. Sikap Pak Mus yg tidak boleh bertolak ansur dan mencekik darah itu menyebabkan ramai pelanggannya merungut dan berpikir banyak kali untuk menggunakan khidmatnya sebagai juru andam mereka.

Dila yg baru tamat penggajian dalam bidang fesyen pulang ke kampung. Sementara mencari kerja, Dila menjadi mak andam kepada kenalan rapatnya. Ramai yg berpuas hati dengan hasil andamannya dan ada juga yg mencadangkan kepadanya membuka butik pengantin sendiri.

Walaupun pada awalnya mempunyai masalah modal, Dila akhirnya berjaya membuka butiknya sendiri dengan bantuan dan sokongan kedua ibu bapanya. Namun kehadiran butik Dila di situ tidak disenangi Pak Mus, Pak Mus menuduh Dila mencuri pelanggannya dan juga menganggu bisnesnya.

You Might Also Like

3 comments

Top Commentators