We Married As A Job

1:04 PM


Nigeru wa Haji da ga Yaku ni Tatsu
Runaway is Ashamed but Helpful
(We Married as a Job)

Mikuri Moriyama, 25 tahun, lepasan universiti tapi masih sukar mencari kerja yg sesuai. Mikuri menjadi pekerja sementara di sebuah syarikat tapi diberhentikan kerja dengan alasan mereka terpaksa memilih antara dia dan seorang lagi pekerja sementara walaupun prestasi kerjanya lebih baik.

Yui Aragaki
Mikuri Moriyama

Tidak lama kemudian ayah Mikuri mendapatkan kerja sebagai pembantu rumah untuknya. Majikannya ialah lelaki bujang berusia 36 tahun, Tsuzaki Hiramasa. Tsuzaki sangat mementingkan kebersihan dan selalu sibuk dengan urusan kerjanya. Tsuzaki berpuas hati dengan kerja Mikuri dan memutuskan untuk terus mengupah Mikuri.

Gen Hoshino
Tsuzaki Hiramasa

Masa depan Mikuri nampak samar apabila ayahnya mahu berpindah ke Tateyama selepas pencen. Memandangkan dia tidak ada kerja, Mikuri tidak mempunyai pilihan selain mengikut ibu dan ayahnya ke sana. Dengan berat hati, Mizuki memberitahu Tsuzaki yg dia akan berhenti kerja di rumah Tsuzaki. Ketika bersembang, secara spontan dia membuat cadangan gila mengajak Tsuzaki berkahwin. Alasannya dia memerlu kerja dan Tsuzaki pula memerlukan pembantu rumah. 


Selepas berpikir panjang Tsuzaki bersetuju dengan cadangan Mizuki dan membuat beberapa syarat termasuk bayaran yg akan diterima oleh Mizuki sebagai pembantu rumah sepenuh masa. Walaupun pada keluarga dan orang luar mereka telah berkahwin tapi hakikatnya hubungan mereka tidak lebih daripada majikan dan pekerja.

You Might Also Like

4 comments

  1. Ingat kan apa tadi... sinopsis drama Korea Rupanya.. hihi

    ReplyDelete
  2. Kita prefer Taiwan or Chinese drama tapi this one mcm menarik. Hehe tq share :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama taiwan kte suka layan juga tp sekarang dah kurang, malas nak mencari..hihi

      Welcome Ziera :D

      Delete

Top Commentators