Tarm Ruk Keun Jai

10:00 PM


Tarm Ruk Keun Jai
ตามรักคืนใจ
Pursue Love Back To The Heart

Nara/Noona dibesarkan dalam keluarga berada dan disayangi datuknya tapi disisih ibunya sendiri. Suatu hari, Nara terbaca surat yg dikirim oleh bapanya yg disangka telah meninggal dunia dan kerana ibunya tidak mahu menceritakan hal sebenar Nara tekad untuk bertemu bapanya yg telah lama terpisah. Nara pergi ke Buoka Farm dan memperkenalkan dirinya sebagai Noona dan di sana dia bertemu dengan pemilik ladang itu, Singh.


lately ni memang mood nak tengok drama thai je, sebenarnya dah nak stop untuk tengok balik drama korea tapi time tu la juga terjumpa drama ni. seriusly aku suka giler drama ni, my favourite lakorn so far. citer ni tak banyak sangat konflik yg annoying macam lakorn lain dan pelakon utama dia sangat serasi dan comel. aku rasa ni drama thai paling sopan aku jumpa sebab no kiss, no romantic scene yg over tapi hero dan heroin tetap nampak sweet dan comel. paling penting aku dah suka sangat dengan hero dia, Nadech Kugimiya. haha


Noona ni jenis princess giler memang tak pernah buat kerja berat sebab nak dekat dengan bapa dia punya pasal dia sanggup buat kerja ladang. tahap clumsy dia memang sakit jiwa orang kat situ asyik buat salah sampai Singh pun stress tak tahu nak bagi Noona buat kerja apa, nak pecat tak boleh sebab dah sayang dengan Noona.


Noona ni tak bagi tahu siapa dia, apa tujuan dia sebenarnya kerja kat situ dan bapa dia sendiri pun tak cam dia. So bila Noona 24 jam asyik nak berkepit dengan Naram (bapa dia), semua orang tuduh dia nak try ngorat Naram dan Singh pun jealous kemain siap perli Noona punya taste orang tua dan nak dijadikan cerita cousin Singh, khun Nong pun suka kat Naram. suka betul part diorang dua ni jealous, comel sangat.

total episode drama Tarm Ruk Keun Jai ni 14 episode, aku ada tiga episode lagi untuk habiskan. penat juga bila tengok drama tanpa banyak main forward, gigih tau mau tengok drama ni..hehe


You Might Also Like

8 comments

  1. Macam best aje.. tak banyak konflik.
    Nanti nak try jugaklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tak banyak konflik yg annoying mcm drama thai lain..hihi

      Delete
  2. Omg I pun suka thai lakorn. Paling tak boleh move on dgn Kaew Tah Pee. Tapi tu dah lama. Fav I , drama Ton Ruk Rim Rua. Diorang real life couple hiks comel je. And takde scene berat jgk. Try la tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayyyy jumpa juga geng yg layan lakorn. kte mmg suka lakorn tp malas nak mencari..hihi
      thanks ziera nnti kte try cari dan tengok cite tu:)

      Delete
  3. Jarang ni nk jumpe org review movie / drama thai ;) tapi dari segi sinopsis tu mek trtarik :) mungkin bleh kot tgk nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah terajin layan drama thai, tulis je la review..hehe

      kalau rasa menarik try la tengok :)

      Delete
  4. Macam menarik lak sinopsis citer nie..
    Nanti nak try tengoklah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tahu best ke tak kena la tengok sendiri kak sha..hihi

      Delete

Top Commentators