Missing Nine

10:51 PM


Mengisahkan sekumpulan artis dan staff dari Legend Entertainment menaiki private plane untuk ke konsert. Dalam perjalanan pesawat yg mereka naiki terhempas, 9 orang terselamat tetapi terdampar di sebuah pulau terpencil. Empat bulan kemudian, Ra Bong Hee pulang ke korea dan menjadi satu-satunya saksi kejadian tersebut.


Kes pesawat terhempas ni jadi berita tersebut sebab ramai dalam pesawat itu terdiri daripada artis terkenal dan apabila Ra Bonghee pulang ke Korea ramai pihak mendesak untuk tahu kisah sebenar. Bonghee berada di bawah pengawasan pasukan khas yg menyiasat kes tersebut dan misteri kes tersebut sukar untuk diselesaikan bila mereka tahu Bonghee hilang ingatan dan tidak ingat langsung masa yg dihabiskan dia di pulau itu.


susah nak teka siapa yg jahat dan baik dalam drama ni sebab masing-masing yg cuba dekat dengan Bonghee ada motif sendiri. Pasukan khas mendesak Bonghee untuk ingat semula dan Bonghee berjanji untuk dapatkan balik ingatan dia jika itu boleh membantu untuk selamatkan mangsa yg lain. semua scene di pulau dalam drama ni merupakan flashback memori Bonghee.


Pada masa yg sama kepulangan Bonghee, seorang mangsa Yoon Sohee ditemui mati, punca kematiannya adalah dibunuh. Abang Sohee, seorang Prosecutor cuba meyiasat kematian adiknya. Memandangkan Ra Bonghee hilang ingatan, kisah tentang kehidupan mereka di pulau masih menjadi misteri, siapa pembunuh Sohee dan adakah Bonghee beritahu hal sebenar?


Dalam keadaan terdesak macam hal boleh terjadi sampai kawan sendiri pun sanggup belot sebab terlalu selfish. Drama ini memang misteri sangat,  kena tengok setiap episode untuk tahu hal sebenar dan kena sabar tunggu setiap episode untuk tahu selain Bonghee siapa lagi yg akan muncul dan terselamat dari pulau tu. 

You Might Also Like

4 comments

  1. Owh.. Citer bersiri ye.. Macam menarik je..
    Boleh masuk list nie..

    ReplyDelete
  2. drama missing 9 ni mmg best, tertunggu-tunggu next episode hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan tak sabar tunggu next episode sebab nak tahu apa jadi kat dorg.

      Delete

Top Commentators