Omukae Desu

11:06 PM

Omukae Desu
Goodbye Ghost!

Sota Fukushi, Tao Tsuchiya


Madoka Tsutsumi seorang pelajar universiti dalam bidang engineering. Dia sangat meminati roket dan tidak percaya dengan perkara yg tidak dapat dibuktikan melalui sains seperti hantu dan roh. Suatu hari, kenalan rapatnya meninggal dunia dan secara tiba-tiba dia dapat melihat hantu. Dia tidak percaya pink rabbit yg dilihatnya adalah spirit dan menyangka dirinya sedang berhalusinasi.


Pink rabbit tersebut merupakan grim reaper, Nabeshima dan dia meminta Tsutsumi untuk bekerja di bawahnya. Pada mulanya Tsutsumi menolak permintaan tersebut namun kerana tidak tahan dengan gangguan grim reaper tersebut akhirnya dia terpaksa bersetuju. tugas Tsutsumi adalah menolong menyelesaikan masalah roh si mati yg tidak tenteram dan membolehkan mereka pergi ke dunia lain dengan aman dan Tsutsumi dibantu oleh Sachi Aguma.


Sachi Aguma belajar di universiti yg sama dengan Tsutsumi dan dia telah lama bekerja untuk Nabeshima.  Walaupun mempunyai perwatakan yg kasar, Aguma sangat suka dengan kerja tersebut dan dia juga sangat meminati Nabeshima walaupun lelaki itu Grim Reaper.


Nabeshima ialah Grim Reaper yg mana tugasnya membawa roh si mati ke dunia lain. dia dibantu oleh Grim Reaper Yuzoku dan melantik Tsutsumi dan Aguma untuk bekerja di bawahnya.


satu je nak cakap, aku tak paham kenapa grim reaper dia nak kena pakai baju pink rabbit tu. selalunya grim reaper macam scary dan creepy giler tapi ni nampak rilek sangat, nak kata drama ni scary memang tak, tak langsung!

You Might Also Like

1 comments

Top Commentators