Love That Makes You Cry

10:33 PM


Itsuka Kono Koi Wo Omoidashite Kitto Naite Shimau
Love That Makes You Cry

Sugihara Oto (Kasumi Arimura) yg tinggal bersama keluarga angkatnya di Hokkaido selepas kematian ibunya. Walaupun tidak mendapat layanan yg baik daripada bapa angkatnya, Oto selalu tersenyum dan sering berkerja keras untuk mencari wang disamping menjaga ibu angkat yg sakit. Walaupun masih muda bapa angkatnya memaksa Oto untuk berkahwin dengan lelaki tua yg kaya untuk mengubah ekonomi keluarga mereka.

Soda Ren (Kengo Kora) dibesarkan oleh datuknya sejak kecil. Ren datang ke Tokyo dengan impian untuk mengumpul duit bagi menebus kembali tanah ladang milik datuknya. Namun selepas lima tahun di Tokyo dia bekerja sebagai pengangkut barang dan masih tidak mempunyai simpanan.

Suatu hari Ren terjumpa surat di dalam beg yg dicuri oleh rakannya dan merasakan surat tersebut penting buat pemiliknya, Ren memutuskan untuk menghantar kembali surat itu ke Hokkaido. Pemilik surat tersebut adalah Oto, Ren juga mendapat tahu Oto dipaksa berkahwin dan merasa kesian dengan gadis itu. Ren membantu Oto melarikan diri ke Tokyo.


antara watak lain dalam drama ini.

Kihoko Hinata

teman wanita Ren, suka ambil kesempatan atas kebaikan Ren.

Asahi Ibuki

anak orang kaya tapi dipinggirkan keluarga kerana statusnya sebagai anak luar nikah. Asahi bekerja di pusat kebajikan orang tua milik keluarganya dan di situ dia bertemu Oto dan mereka menjadi kekasih.

Konatsu Ichimuta

kawan sekampung Ren dan mempunyai perasaan terhadap Ren. tak suka sangat perempuan ni..annoying!

Haruta Nakajo

kawan Ren. watak dia tak detail sangat tapi mostly benda jahat dalam drama ini, dia la puncaya. 


aku suka dengan watak Oto ni, comel dan selalu tersenyum walaupun hidup dia tak seindah orang lain. untuk hero ni, aku tak suka sangat sebab Ren ni baik sangat sampai orang ambil kesempatan dan buli dia. sebenarnya Ren dan Oto memang suka each other siap confess lagi perasaan masing-masing tapi ntah tak paham kenapa mereka dua ni still nak setia dengan kekasih mereka.

Selain tu, ada dua scene yg aku suka dan ingat dalam drama ini, episode 1 bila Ren tolong Oto untuk lari ke Tokyo dan lagi satu kat tengah drama ni tak ingat episode berapa bila datuk Ren mati dan dia berubah. dia buka agensi kerja dengan kawan dia dengan menipu orang yg nak cari kerja. bila Oto tahu Ren buat kerja menipu ni dia cuba buat Ren berubah dan jadi Ren yg dulu kembali, baik dan suka tolong orang. 

kesimpulannya, drama ni agak mendatar tapi aku suka skrip drama ni. Love That Makes You Cry mengisahkan kisah hidup anak muda yg datang dari luar Tokyo untuk mencapai impian mereka di bandar besar itu. Apabila berada di Tokyo mereka mula sedar tentang cabaran sebenar hidup di Tokyo dan sedar impian mereka mungkin hanya tinggal impian.

You Might Also Like

1 comments

Top Commentators