Koinaka

10:45 AM

Koinaka
Love Relationship

Miura Aoi dan Serizawa Akari berkawan baik sejak dari kecil, Aoi suka kepada Akari tapi tidak pernah meluahkan perasaannya. Pada suatu hari, seorang pelajar baru, Aoi Shota berpindah ke sekolah mereka. Walaupun mempunyai nama yg sama, Shota mempunyai personaliti yg sangat berbeza dengan Aoi dan suka mengasingkan diri dari pelajar lain. Namun begitu, Shota mula rapat dengan Aoi dan Akari. Secara tiba-tiba keluarga Akari jatuh bankrupt dan Akari menghilangkan diri tanpa pesan dan berita.

Selepas tujuh tahun, Aoi menetap di Tokyo dan bekerja sebagai arkitek dan suatu hari Shota melawatnya setelah sekian lama tidak berjumpa. Apa yg paling mengejutkan Aoi, Akari yg menghilang tujuh tahun yg lalu kini merupakan kekasih Shota.


chemistry antara pelakon utama dalam drama ni, Aoi dan Akari sangat bagus dan nampak natural tapi love story dorang ni slow. sebenarnya Aoi dan Akari ni suka antara satu sama lain tapi tak confess, bagi hint pastu nak suruh orang tu paham sendiri memang ja ne je la.

orang aku paling tak suka dalam koinaka, Shota hmmm sangat annoying. dia tahu Aoi dan Akari saling suka jadi awal tu dia try nak tolong juga tapi bila dia sedar yg dia pun suka Akari secara tiba-tiba terus berubah watak jadi jahat. apakah?! tapi watak lain dalam drama ni sangat best, sangat supportive kalau takde watak yg lain tu memang drama ni akan jadi bosan giler.

kalau tanya best ke tak. jawapan aku biasa-biasa je. bolehlah nak layan. aku tengok pun sebab first episode aku dah suka dengan hero dia, Fukushi Sota..hahaha. Peace~!!!

You Might Also Like

1 comments

  1. Terima kasih kongsi.

    From:
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete

Top Commentators