Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo

3:32 AM


Ko Hajin gadis modern dari abad ke-21 yg lemas di dalam tasik, apabila sedar dia mendapati dirinya terperangkap di dalam tubuh Hae Soo yg mirip dirinya dan berada di zaman Dinasti Goryeo. Hae Soo berasa bingung dan takut dengan situasi itu namun dia cuba menyesuaikan dirinya dan berpura-pura hilang ingatan bagi mengelak orang lain curiga.

Hae Soo tertarik dengan sikap penyayang dan ambil berat Wang Wook tapi mendapati Wook adalah suami kepada sepupunya Lady Hae. dan pada masa yg sama Hae Soo mula rapat dengan putera raja yg lain.

Wang So ialah putera keempat, mempunyai parut di muka, ditakuti oleh semua orang dan digelar 'Wolf Dog'. Wang So tersisih dari keluarganya sejak kecil dan ibunya membenci dirinya sehinggakan mahu membunuhnya.  Layanan Hae Soo yg berbeza dari orang lain membuatkan Wang So tertarik dengan gadis itu.

Lee Ji Eun
Hae Soo/Ko Hajin

Lee Joon Gi
Wang So


Jujur aku cakap aku tak suka dengan watak Wang Wook iyelah bini kau tengah sakit wei kau boleh main mata dengan perempuan lain kalau isteri jahat tu lain lah tapi ini isteri baik pun sibuk nak usha orang lain..nyampah la. aku suka WangSo tapi kadang confius sapa hero dalam drama ni sebab banyak sangat scene wook dari So. dah start bosan sebab dah sampai episode lima pun wangso macam wujud tak wujud je dalam drama ni..huhu

Team WangSo fighting!

Drama ni sebenarnya diadaptasi dari novel Cina, Bu Bu Jing Xi, dan telah dikeluarkan dalam versi drama. Ada la tengok sikit sebab curious sangat pasal Wang So ni..hehe. bila tengok versi cina tu dah boleh imagine ending dia macam mana.

You Might Also Like

0 comments

Top Commentators