Kiralik Ask

3:33 PM


Omer seorang CEO muda  yg serius, workaholic dan tidak suka mempunyai komitmen dalam hubungan peribadi. walaupun dia datang dari keluarga kaya tapi dia tidak suka mengharapkan bantuan dari datuknya dan Omer lagi suka berdikari dan selesa hidup bersendirian selepas kematian kedua ibu bapanya. Defne pula seorang gadis biasa yg berpenampilan agak selekeh dan dia dibesarkan oleh neneknya bersama abang dan adiknya. Defne menyara keluarganya dengan bekerja sebagai waitress di sebuah restoran.

Pada suatu hari, Omer terpaksa pergi ke temujanji yg diatur oleh maciknya di restoran tempat Defne berkerja. untuk menolak wanita yg dijumpainya itu, omer memaksa Defne berpura-pura menjadi kekasihnya dan mencium gadis tersebut. kejadian tersebut disaksi sendiri oleh macik omer.

masalah lain timbul apabila abang Defne ditangkap oleh ceti haram kerana tidak dapat membayar hutang. buntu untuk mencari duit tiba-tiba datang tawaran lumayan dari seorang wanita bernama Neriman. neriman mahu defne menjadi personal assitant kepada anak saudaranya dan seterusnya mengoda dan menjadi isteri lelaki tersebut. tawaran tersebut dianggap tidak masuk akal tetapi Defne terpaksa menerima tawaran tersebut kerana dia sangat memerlukan duit ketika itu untuk membayar hutang abangnya.

Neriman mengubah penampilan Defne dan memberitahu segala tugas yg perlu dilakukan sebagai Personal Assitant. apabila memulakan tugas pada hari pertama, Defne sangat terkejut apabila mendapati bossnya adalah lelaki yg sama mencium tempoh hari iaitu Omer. Defne menganggap Omer tidak ingat kepadanya. Namun Omer berpura-pura tidak mengenali Defne dan dia agak pelik bagaimana seorang waitress bertukar penampilan dan menjadi personal assitannt-nya.

Di ofis Omer, Yasemin sangat tergila-gilakan lelaki tersebut tetapi Neriman sangat anti dengan wanita tersebut. bagi Neriman dia tidak kisah dengan siapa Omer berkahwin asalkan bukan Yasemin. dalam kes ini aku rasa agak kelakar sebab selalunya dalam drama, perempuan macam Yasemin ini la yg selalunya menjadi menantu pilihan mak datin tapi ini terbalik. Neriman  terdesak merancang semua ini sebab datuk Omer mahu lelaki itu berkahwin atau rumah milik Neriman akan dijual.


Ini antara drama turki yg aku rasa sangat menarik untuk follow. aku suka tengok Defne, dia agak clumsy lain yg macik omer harapkan lain pula yg jadi tapi disebabkan perwatakan dia yg agak clumsy itulah yg buat Omer tertarik pada dia bukan sebab penampilan dia.

You Might Also Like

0 comments

Top Commentators