Cinta Masam Manis

4:36 PM


Johan seorang duda dan mempunyai dua orang anak iaitu Hanna dan Hanis. Keutamaan diberikan untuk anak-anak dan kerjayanya. Johan tidak pernah terpikir untuk jatuh cinta lagi selepas berpisah dengan isterinya. Sarah pula gadis muda yg ceria tetapi selalu malang dalam soal percintaan. Pertemuan antara mereka berdua yg pada mulanya hanya kebetulan akhirnya membuatkan mereka semakin rapat dan saling jatuh cinta walaupun terdapat jurang umur yg banyak.

Konflik berlaku apabila Johan memperkenalkan Sarah kepada anaknya. Hanna menentang keras kerana masih berharap ayahnya merujuk semula dengan ibunya sebaliknya Hanis menyambut berita itu dengan gembira kerana merasakan sudah tiba masanya ayahnya mengecapi kebahagian sendiri.

Malangnya bukan Hanna sahaja yg tidak bersetuju malah ibu Sarah, Faridah turut menentang keras hubungan mereka berdua. Malah, bekas isteri Johan, Tasha juga muncul kembali untuk merebut kembali Johan.


Pelakon:
Zamarul Hisham
Izara Aishah
Raja Ilya
Shah Jaszle
Sweet Farhana
Nur Alis Maria
Mimi Ernida

You Might Also Like

0 comments

Top Commentators