Ayat Seribu Dinar

10:41 PM


Ayat Seribu Dinar merupakan amalan yg sangat terkenal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai yg mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan rezeki, kemudahan dan penyelesaian masalah. Tetapi amalan ini haruslah dilakukan secara istiqamah.

Hikmah mengamalkan Ayat Seribu Dinar:
  1. Memperoleh kemurahan rezeki yg tidak disangka-sangka.
  2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
  3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
  4. Jika berlaku peperangan insya-Allah tidak akan cedera ataupun binasa kecuali telah sampai ajal.
  5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
Pengajaran daripada ayat ini:
  1. Supaya kita bertaqwa dan bertaawakal kepada Allah dalam setiap urusan rezeki dan kebergantungan.
  2. Hanya Allah yg maha berkuasa mmenentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hamba-Nya.
Ayat Seribu Dinar ini mudah dihafal dan dibaca dan merangkumi semuanya iaitu untuk mendapatkan rezeki yg banyak. melindungi daripada musibah dan bala bencana serta perlindungan diri daripada iblis, jin dan syaitan.
  1. Baca ayat ini sesudah solat lima waktu.
  2. Baca ketika hendak tidur tiga kali.
  3. Baca ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
Selamat beramal ^^

You Might Also Like

0 comments

Top Commentators